Buah limau bali

Nama lain bagi buah limau bali:

Menerusi perkongsian ana dalam 'group' Buah dan Bunga di FB, ana ada membuat pertanyaan jika ada panggilan atau nama lain selain dari buah limau bali.Berdasarkan jawapan yang diterima, rupanya banyak nama lain yang diberi kepada buah limau bali selain dari pamelo dalam bahasa Inggeris.

Lain negeri lain panggilannya, antara yang ana terima komen-komen ialah ia juga dikenali sebagai buah limau Tambun, limau kedangsa, limau abong, limau bom dan yang agak unik diberitahu masyarakat bajau memanggilnya limau lukban.

Banyakkan nama-nama yang belum pernah kita dengari dan menerusi perkongsian kita akan dapat mempelajari sesuatu yang baru, Alhamdulillah.

Jenis buah limau bali: 

Berdasarkan pengalaman ana, limau bali ada dua jenis iaitu yang berisi merah dan putih.Lazimnya limau bali yang isinya berwarna merah lebih manis dari yang berwarna putih.Kedua-dua jenis limau bali ini perlu disimpan sehari dua sebelum dikupas untuk di makan supaya dapat menghilangkan rasa pedar dari kulitnya.

Buah limau bali (Google Image)

Ada juga yang mengatakan kulit limau bali boleh di jadikan halwa dan sebagai manisan.Ana tidak pernah mencuba atau merasainya lagi.Dan sesuatu yang kelakar untuk dikongsikan disini ialah ketika kami kanak-kanak dahulu, selepas mak mengupas kulit limau bali , kami akan jadikannya seperti topi keledar atau helmet dan sepupu-sepupu akan bermainnya sambil menganyuh basikal.

Google Image
Tempat yang sangat sinonim dengan buah limau bali ialah di Ipoh, Perak. Menjadi satu kemestian jika berkunjung ke bandaraya Ipoh pasti pengunjung akan membeli buah limau bali.Oleh kerana itu juga limau bali di sana dikenali sebagai limau Tambun kerana kebanyakan ladang limau bali terletak di Tambun, Perak.


~berkongsi info disini~