Dekorasi ruang tamu 'simple'

Berkongsi idea dekorasi ruang tamu yang 'simple' dan moden. Menghuni sebuah banglo kuaters kerajaan di Taman Duta, Kuala Lumpur tidak menghalang anak buah ana, Titin untuk menghias ruang tamu rumahnya dengan gaya moden.Tertarik dengan satu sudut ruang tamu di mana tergantung sebuah lukisan bunga-bungaan kecil yang di beli dari Bali, Indonesia.Nampak sangat cantik dan suatu sudut yang seimbang.Sentuhan yang kemas dan ringkas.



Di tengah-tengah ruang tamu ini, diletakkan satu set meja makan berbentuk bulat.Ia sesuai dengan ruang tamu rumah yang memang agak luas kerana set meja makan bulat akan memakan ruang yang banyak.



Manakala di sudut sebelah lain pula diletakkan sebuah meja konsul dengan bingkai cermin untuk memberi impak pada ruang dinding.


Di bahagian tengah ruang tamu diletakkan satu set sofa berkonsep moden berwarna kuning cair.Berpadanan dengan sebuah meja kopi berwarna putih di tengah-tengahnya, melengkapkan konsep tema rumah moden dan 'simple'.




Sampai sini sahaja ana kongsikan sedikit idea untuk menatarias ruang tamu dari hasil ilham anak buah ana, Titin dan suaminya.Semoga dapat memberi serba sedikit inspirasi pada mereka yang tercari-cari idea untuk menghias ruang tamu.

~berkongsi idea disini~