Dekorasi ruang tamu 'simple'

Berkongsi idea dekorasi ruang tamu yang 'simple' dan moden. Menghuni sebuah banglo kuaters kerajaan di Taman Duta, Kuala Lumpur tidak menghalang anak buah ana, Titin untuk menghias ruang tamu rumahnya dengan gaya moden.Tertarik dengan satu sudut ruang tamu di mana tergantung sebuah lukisan bunga-bungaan kecil yang di beli dari Bali, Indonesia.Nampak sangat cantik dan suatu sudut yang seimbang.Sentuhan yang kemas dan ringkas.



Di tengah-tengah ruang tamu ini, diletakkan satu set meja makan berbentuk bulat.Ia sesuai dengan ruang tamu rumah yang memang agak luas kerana set meja makan bulat akan memakan ruang yang banyak.



Manakala di sudut sebelah lain pula diletakkan sebuah meja konsul dengan bingkai cermin untuk memberi impak pada ruang dinding.


Di bahagian tengah ruang tamu diletakkan satu set sofa berkonsep moden berwarna kuning cair.Berpadanan dengan sebuah meja kopi berwarna putih di tengah-tengahnya, melengkapkan konsep tema rumah moden dan 'simple'.




Sampai sini sahaja ana kongsikan sedikit idea untuk menatarias ruang tamu dari hasil ilham anak buah ana, Titin dan suaminya.Semoga dapat memberi serba sedikit inspirasi pada mereka yang tercari-cari idea untuk menghias ruang tamu.

~berkongsi idea disini~




22 Comments

  1. wah, ingatkan rumah kak ana tadi..saya pun suka deko macam ni.kemas dan simple

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Sal, bukan rumah kak ana,rumah anak buah,rumah akak biasa2 je..:)

      Delete
  2. cantik n kemas deco ni..like it..follow blog ni..^^

    ReplyDelete
  3. cantiknya ana..pandai anak buah Ana menghias..satu perkara yang acik tak pandai dari muda sampai ke tua ni ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Acik, ikut idea masing2,Acik boleh tu saja tak tunjuk hehehe..:)

      Delete
  4. salam jumaat.. gua bw cni sambil klik nuffnang :)

    ReplyDelete
  5. Cantiklah...
    Selamat Hari Raya AidilAdha, K Ana... X balik T.Intan ke?...
    ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Nurul, esok pagi Insyaa Allah kak ana balik T.Intan hehe :)

      Delete
  6. Simple but nice.
    Salam Aidiladha kak Ana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Mrs.A, salam Aidil Adha juga buat Mrs.A dan keluarga ..:)

      Delete
  7. Cantiknya. menghias rumah nih kena minat barulah menjadi. Kalau tak minat memang tak jadi apa la. Hihi

    Jom join segment GA http://www.syafiyahluv.com/2014/10/first-giveaway-by-syafiyahluvcom.html

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum ana...wah cantik2...:)

    ReplyDelete