Family Day di Janda Baik,Pahang
|
Keluarga kecil ana di Janda Baik,Pahang |
Hampir setiap tahun keluarga kecil ana akan mengadakan 'Family Day' dimana kami adik beradik dan sepupu bersama keluarga akan bercuti ke tempat-tempat di sekitar tanahair.Jika sebelum ini , kami ke Cameron Highland, kali ini hasil 'blogwalking' dan carian di Google, ana memilih untuk membawa keluarga ke Janda Baik,Pahang.
Selepas mendapat serba sedikit info dari blog-blog tempatan, dua minggu sebelum tarikh ,ana pergi 'survey' dahulu keadaan sebenar chalet-chalet di sana dan ana telah memilih untuk menginap di Riverside Chalet di Janda Baik.
|
Riverside, Janda Baik |
Riverside sebuah chalet yang diusahakan penduduk tempatan dengan menyediakan kemudahan homestay rumah kampung, dom dan chalet-chalet di seberang sungai untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.
|
Chalet di Riverside, Janda Baik |
|
Homestay rumah kampung dan dom di Riverside, Janda Baik |
Bagi yang pertama kali ke sini, sekiranya bercadang hanya untuk berkelah seharian disini, perlu menyewa pondok-pondok perkelahan untuk kemudahan berkelah dan mandi-manda kerana hampir seluruh aktiviti perkelahan di sini dikendalikan oleh pengusaha tempatan.Kadar sewa berlainan mengikut saiz pondok-pondok perkelahan yang disediakan.
|
Antara pondok-pondok perkelahan untuk disewa di Riverside, Janda Baik |
Pagi itu, kami sampai lebih kurang jam 11:00 pagi dan memandangkan kami telah membuat tempahan, kami terus ke pondok perkelahan untuk menyediakan bbq dan menyajikan makan tengahari yang kami bawa dari rumah.Anak-anak dan adik-adik semuanya tak sabar dan terus turun ke sungai untuk mandi manda.
|
Pondok perkelahan kami di tepian sungai |
|
air sungai yang cetek dan aliran yang agak deras dan dingin airnya |
|
keindahan sungai di Janda Baik , Pahang |
|
Selain ayam, kami bakar jagung manis ni juga |
Selepas selesai aktiviti perkelahan dan makan-makan kami check-in ke chalet untuk membersihkan diri dan solat.Petangnya kami ke Colmar Tropicale,Bukit Tinggi yang terletak tidak jauh dari sini.Malam disini pula sangat dingin dan terasa sangat dekat dengan alam di mana kedengaran desiran aliran sungai di waktu malam.Untuk makan malam terdapat banyak gerai-gerai tomyam di sekitar pekan kecil Janda Baik.Kami memilih untuk 'tapau' sahaja dan makan semula di pondok di tepian sungai.
Esok pagi-pagi lagi ,kami turun semula ke sungai dan sarapan pagi di gerai yang terdapat disini.Air sungai di waktu pagi sangatlah sejuk.Begitulah serba sedikit coretan percutian 'family day' ana di Janda Baik. Semoga dapat memberi serba sedikit gambaran untuk mereka yang mengGoogle untuk ke sini sama seperti yang ana lakukan sebelum ini.
|
Kabus tebal di pagi hari di Janda Baik |
~berkongsi pengalaman disini~
24 Comments
Seronoknya dapat beraktiviti bersama dengan keluarga tersayang walau hanya untuk tempoh seketika cuma...
ReplyDeleteBetul tu Kakcik, kalau dah jumpa adik-beradik ni,memang macam2 perangai, yang penting kami kukuhkan lagi ikatan persaudaraan sb kami ni duduk jauh2 semua, sesekali je dapat berkumpul di kampung atau gathering macam ni :)
DeleteWah bestnya.....taklah jauh sangat dari KL kan....
ReplyDeletedekat je Ozie , dari tol Gombak Hiway karak dalam 30 minit perjalanan ke RnR Genting Sempah tu..:)
Deletesekali sekala berkumpul
ReplyDeleteHaah Fuza, memang seronok bila berkumpul ni :)
Deletecantik jugak tempat ni eyk. menarik menarik (Y)
ReplyDeletesincerely,
Najlaa 'Aqilah
tq Najlaa `Aqilah
Deletemesti sejuk kan.. bestnyee.. nyaman :)
ReplyDeletemalam dan subuh memang sejuk Anizz.. :)
DeleteI like alam semulajadi cmnii...kos tinggi x kak ana...
ReplyDeleteSamalah Sha, tak lah Sha, selalunya kami buat collection setiap ketua keluarga, harga chalet pun murah2 je kat sini ,boleh ke website Riverside Janda Baik ni utk tgk harga2.. :)
DeleteBestnya dapat menghirup udara segar
ReplyDeleteBest sangat Mrs.A, terutama malam dan subuh2 memang hening.. :)
DeleteSeronoknye.. dpt eratkn silaturrahim..
ReplyDeleteAlhamdulillah itulah matlamat utamanya Ladybird :)
Deletewah boleh gi nie kalau ada masa
ReplyDeleteBoleh aje Cik Iman :)
Deleteseronoknya bila semua family berkumpul kan...
ReplyDeleteMama Niza
betul tu mama, saat paling seronok bila bersama keluarga tersayang :)
Deletenoted. tak pernah sampai sini. suka kehijauan begini
ReplyDeleteInsyaa Allah ANIM, ada rezeki nanti sampai kan ..:)
Deletebestnya bila tengok air sungai tu...terasa2 sejuk kat kaki.. :)
ReplyDeletememang sejuk airnya Ibu Siti :)
Delete