Family Day di Janda Baik,Pahang


Keluarga kecil ana di Janda Baik,Pahang

Hampir setiap tahun keluarga kecil ana akan mengadakan 'Family Day' dimana kami adik beradik dan sepupu bersama keluarga akan bercuti ke tempat-tempat di sekitar tanahair.Jika sebelum ini , kami ke Cameron Highland, kali ini hasil 'blogwalking' dan carian di Google, ana memilih untuk membawa keluarga ke Janda Baik,Pahang.

Selepas mendapat serba sedikit info dari blog-blog tempatan, dua minggu sebelum tarikh ,ana pergi 'survey' dahulu keadaan sebenar chalet-chalet di sana dan ana telah memilih untuk menginap di Riverside Chalet di Janda Baik.

Riverside, Janda Baik

Riverside sebuah chalet yang diusahakan penduduk tempatan dengan menyediakan kemudahan homestay rumah kampung, dom dan chalet-chalet di seberang sungai untuk aktiviti berkelah dan mandi-manda.


Chalet di Riverside, Janda Baik

Homestay rumah kampung dan dom di Riverside, Janda Baik

Bagi yang pertama kali ke sini, sekiranya bercadang hanya untuk berkelah seharian disini, perlu menyewa pondok-pondok perkelahan untuk kemudahan berkelah dan mandi-manda kerana hampir seluruh aktiviti perkelahan di sini dikendalikan oleh pengusaha tempatan.Kadar sewa berlainan mengikut saiz pondok-pondok perkelahan yang disediakan.

Antara pondok-pondok perkelahan untuk disewa di Riverside, Janda Baik

Pagi itu, kami sampai lebih kurang jam 11:00 pagi dan memandangkan kami telah membuat tempahan, kami terus ke pondok perkelahan untuk menyediakan bbq dan menyajikan makan tengahari yang kami bawa dari rumah.Anak-anak dan adik-adik semuanya tak sabar dan terus turun ke sungai untuk mandi manda.


Pondok perkelahan kami di tepian sungai

air sungai yang cetek dan aliran yang agak deras dan dingin airnya

keindahan sungai di Janda Baik , Pahang

Selain ayam, kami bakar jagung manis ni juga

Selepas selesai aktiviti perkelahan dan makan-makan kami check-in ke chalet untuk membersihkan diri dan solat.Petangnya kami ke Colmar Tropicale,Bukit Tinggi yang terletak tidak jauh dari sini.Malam disini pula sangat dingin dan terasa sangat dekat dengan alam di mana kedengaran desiran aliran sungai di waktu malam.Untuk makan malam terdapat banyak gerai-gerai tomyam di sekitar pekan kecil Janda Baik.Kami memilih untuk 'tapau' sahaja dan makan semula di pondok di tepian sungai.

Esok pagi-pagi lagi ,kami turun semula ke sungai dan sarapan pagi di gerai yang terdapat disini.Air sungai di waktu pagi sangatlah sejuk.Begitulah serba sedikit coretan percutian 'family day' ana di Janda Baik. Semoga dapat memberi serba sedikit gambaran untuk mereka yang mengGoogle untuk ke sini sama seperti yang ana lakukan sebelum ini.


Kabus tebal di pagi hari di Janda Baik





~berkongsi pengalaman disini~


24 Comments

  1. Seronoknya dapat beraktiviti bersama dengan keluarga tersayang walau hanya untuk tempoh seketika cuma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Kakcik, kalau dah jumpa adik-beradik ni,memang macam2 perangai, yang penting kami kukuhkan lagi ikatan persaudaraan sb kami ni duduk jauh2 semua, sesekali je dapat berkumpul di kampung atau gathering macam ni :)

      Delete
  2. Wah bestnya.....taklah jauh sangat dari KL kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat je Ozie , dari tol Gombak Hiway karak dalam 30 minit perjalanan ke RnR Genting Sempah tu..:)

      Delete
  3. Replies
    1. Haah Fuza, memang seronok bila berkumpul ni :)

      Delete
  4. cantik jugak tempat ni eyk. menarik menarik (Y)

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  5. mesti sejuk kan.. bestnyee.. nyaman :)

    ReplyDelete
  6. I like alam semulajadi cmnii...kos tinggi x kak ana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah Sha, tak lah Sha, selalunya kami buat collection setiap ketua keluarga, harga chalet pun murah2 je kat sini ,boleh ke website Riverside Janda Baik ni utk tgk harga2.. :)

      Delete
  7. Bestnya dapat menghirup udara segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best sangat Mrs.A, terutama malam dan subuh2 memang hening.. :)

      Delete
  8. Seronoknye.. dpt eratkn silaturrahim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah itulah matlamat utamanya Ladybird :)

      Delete
  9. wah boleh gi nie kalau ada masa

    ReplyDelete
  10. seronoknya bila semua family berkumpul kan...

    Mama Niza

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mama, saat paling seronok bila bersama keluarga tersayang :)

      Delete
  11. noted. tak pernah sampai sini. suka kehijauan begini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaa Allah ANIM, ada rezeki nanti sampai kan ..:)

      Delete
  12. bestnya bila tengok air sungai tu...terasa2 sejuk kat kaki.. :)

    ReplyDelete