Masjid Sultan Abdul Samad,KLIA
|
Masjid Sultan Abdul Samad,KLIA |
Dalam perjalanan ke Sepang baru-baru ini, kami singgah solat Zohor di Masjid Sultan Abdul Samad, berhampiran KLIA.Masjid ini dibina oleh Malaysia Airports Holdings Berhad pada tahun 1997 dan siap sepenuhnya pada tahun 1999.Ia dibuka secara rasmi pada 12hb Ogos 2000 oleh Raja Muda Selangor ketika itu iaitu Sultan Idris Shah.
|
Pintu pagar keluar masuk Masjid KLIA,Sepang. |
Seni bina masjid ini sangat besar dan cantik dengan kubah besar di tengah-tengah berwarna biru muda yang mempersona.Dari pintu utama dan ruang wuduk lelaki dan perempuan ke ruang solat masjid dipisahkan oleh sebuah seni taman hijau yang indah.Suatu pemandangan yang agak unik dan ada kelainan dari kebiasaan masjid-masjid yang ada di negara kita.
|
Pintu masuk utama masjid KLIA |
|
Laluan dari tempat wuduk ke ruang solat |
|
Pemandangan taman di dalam masjid KLIA |
|
Ruang solat lelaki dan perempuan yang dipisahkan oleh sebuah taman |
|
Masjid KLIA,Sepang. |
Serba sedikit perkongsian keindahan Masjid Sultan Abdul Samad,KLIA,Sepang yang sempat ana singgah dan menunaikan solat.Alhamdulillah...di tanahair kita kini, tidak ada alasan untuk tidak menyempurnakan solat wajib lima waktu kerana di mana-mana tempat sekalipun kita boleh singgah untuk bersembahyang.Samada RnR, masjid-masjid,surau ataupun di stesen minyak dan pusat membeli belah sekalipun.In Shaa Allah...
20 Comments
Pernah juga singgah solat kat sini. Selesa dan mendamaikan.
ReplyDeletesangat selesa juga bagi ana :)
Deletecantik gambar masjid KLIA ni... tak pernah ke sana lagi...
ReplyDeletesatu hari nanti kalau Eny ke KLIA bolehlah singgah ke masjid ni :)
DeleteAlamak sorry Ana, entah apa linda tertekan tadi terpadam komen kat atas tu huhu...nanti Ana delete terus ya, sorryy... Linda pun selalu nampak masjid ni Ana, tapi belum pernah dapat singgah lagi...
ReplyDeleteIt's okay Linda, done... kalau kita melalui jalan menghala ke KLIA memang lalu depan masjid ni kan.. :)
Deletetaklah jauh dari umah akak, tapi tak pernah juga menyinggah di sini..selalu lalu je depannya
ReplyDeletememang selalunya macam tu kan Zila, bila dekat dengan rumah atau lalu lalang jarang kita singgah melainkan perlu sahaja.. :)
DeleteSejak ada baby ni, masjid dah jadi macam RnR untuk kami. Masa berhenti tu digunakan untuk bersihkan baby, buatkan susu dll selain dari tunaikan solat.
ReplyDeleteSY,memang macam tu bila ada baby ni, yang penting kita selesa bila berhenti di masjid atau surau yang bersih keadaannya,terjaga keindahannya dan tandas yang selesa.
Deletemasjid ni memang selesa.. tempat untuk perempuan berwudui dan solat sangat bestt.
ReplyDeletebetul tu lia, selesa luas dan bersih..pemandangan taman yang mempersonakan :)
Deletekenapa tak masuk ke dalam dah amik gambar ukiran2 pada mimbar nya yg sangat halus dan cantik tu... itu senibina Moroko yg sangat terkenal seluruh dunia
ReplyDeleteNajib, kak ana solat diruang solat wanita dan ketika itu terdapat ramai jemaah lelaki di ruang solat utama, tak tahu pun tentang ukiran indah di mimbar... mungkin di kesempatan lain nanti boleh minta suami kak ana ambilkan fotonya,tq for the info :)
Deletecantik masjid ini kak ana.
ReplyDeletesemoga diimarahkan masjid ini
amin, In shaa Allah aRz :)
Deletecantiknyeee.. terpesona tengok... bilalah berpeluang nak sampai sini..
ReplyDeleteIn Shaa Allah Anizz suatu hari nanti jika Anizz ke KLIA boleh lah ke sini :)
DeleteIndahnya rumah Allah...
ReplyDeleteCantik Sha, bersih dan sangat selesa :)
Delete