Koleksi tin comel:

 

koleksi tin comel
Koleksi tin
Lain padang lain belalang,lain orang lain hobinya, macam tak kena pula peribahasa ni kan. Hari ini ana kongsikan satu lagi koleksi adik ipar kesayangan ana, Juliana. Sebelum ini pernah ana kongsikan hobi yang mendatangkan pendapatan sampingan buatnya iaitu Decoupage dan hiasan rumahnya bertema 'English Cottage' di SINI .

Jue ada satu lagi hobi terbaru iaitu mengumpul tin-tin comel dalam pelbagai bentuk dan saiz.Antara koleksi yang paling diminati dan kesayangannya ialah tin-tin berbentuk kenderaan.Selalunya rakan dan saudara akan memberitahunya sekiranya terjumpa tin-tin yang unik.Ada juga dari pemberian rakan-rakan pejabat yang turut sama menambah koleksi tinnya.


Koleksi tin berbentuk kenderaan
Antara koleksi tin berbentuk kenderaan yang dimilikinya ialah tin biskut Oreo pelbagai warna,tin tabung dari BSN dan tin biskut Famous Amos.Selain itu, Jue juga memiliki pelbagai bentuk tin yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk.Memang cantik dan comel.




Hobi ini sekarang telah berjangkit pula pada ana. Melihatkan koleksi Jue yang comel-comel , ana telah memulakan mengumpul koleksi tin sejak pertengahan tahun lepas. Kebanyakkan tin yang unik dan cantik seringkali dijual ketika musim perayaan seperti Hari Krismas ataupun semasa promosi sesuatu produk.Antara pasaraya yang banyak menjual produk di dalam tin yang cantik dan unik ialah di Cold Storage kerana kebanyakkannya diimport dari luar negara.Namun di pasaraya tempatan juga boleh didapati dan harganya jauh lebih murah.Janji comelkan...

Koleksi tin comel milik ana


~berkongsi hobi disini~