Makanan Laut di Pantai Remis,Jeram.

Jika kita berada di Pantai Remis, Jeram,Selangor ni pada hujung minggu atau cuti umum, disini ada pasar petang yang menjual pelbagai hasil laut, sayur-sayuran tempatan,pakaian, makanan,permainan dan sebagainya.Sesuatu yang menarik perhatian ana ketika disini ialah jualan pelbagai jenis hasil laut seperti ikan-ikan segar dan pelbagai jenis siput yang jarang ana temui di pasar-pasar tempatan atau pasaraya. Menurut peniaga disini, kebanyakkan hasil laut ini datangnya dari Pasir Penambang di Kuala Selangor dan ada juga yang di ambil dari luar negeri Selangor.Jom ana kongsikan disini beberapa jenis siput yang sempat ana pelajari namanya dari seorang kakak yang berniaga di sini.

Mentarang

Mentarang, jika kita melalui jalan dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam,pasti akan terlihat di kiri kanan jalan sekitar Sekinchan terdapat gerai-gerai yang menjual siput mentarang.Saiznya agak besar dan tekstur cengkerangnya kasar.Ana tidak pernah makan atau memasak mentarang ni, dan menurut kakak yang menjualnya, ia perlu dibersihkan,direbus dahulu sebelum di keluarkan isinya.Pada petang itu, mentarang dijual dengan harga RM12 sekilo.


Kerang bulu

Sama seperti kerang biasa yang terdapat di pasar-pasar harian,cuma bezanya ia berbulu halus pada cengkerangnya dan saiznya memang besar dari saiz kerang biasa.Ana pernah mencubanya, tetapi isi kerangnya agak liat daripada kerang biasa dan selalunya di bakar dan dimakan dengan sos atau air asam.


Siput Lala

Siput Lala ni memang sering kali kita jumpa dijual di mana-mana pasar tempatan, bersaiz kecil dan bercorak  garisan halus pada cengkerangnya. Ana selalunya masak lemak atau goreng dengan sos tiram.Dimasak terus dengan kulitnya yang telah dibersihkan terlebih dahulu.


Kepah

Kepah bersaiz seperti kerang biasa yang gemuk, cengkerangnya licin tiada tekstur dan bersih.Tidak ada juga pengalaman ana memasak kepah cuma pernah makan yang direbus oleh mak dan ditambahkan daun kunyit sebagai aromanya.Rasa isinya agak masin sedikit.

Kupang (Google Image)

Dah alang-alang kita mengenali jenis-jenis siput, ana Googlekan juga kupang, sejenis lagi spesis siput yang lazat dijadikan menu makanan laut.Isinya agak besar dan panjang dan sama seperti lala, jika ana membelinya akan masak dengan sos cili atau dijadikan sambal.

Pepahat (Google Image)

Disini ada dijual pepahat tetapi telah siap dipeketkan didalam plastik, dan tidak berapa jelas ketika ana mengambil gambarnya.Berbentuk panjang dan seperti buluh yang agak tajam kulitnya.Menu yang selalu di sajikan menurut kebanyakan perkongsian di blog-blog masakan ialah lemak cili api.Ana juga tidak pernah lagi memasak atau makan pepahat.

P/S : kebanyakan nama panggilan siput-siput ini berbeza mengikut daerah dan negeri masing-masing.Apa yang ana kongsikan disini adalah berdasarkan pengetahuan ana dan sedikit carian dari internet.


~berkongsi info tentang siput disini~