Hujan
Hujan:
Google Image |
Hampir dua minggu, cuaca amat panas membahang, Alhamdulillah dengan izinNya sudah dua petang hujan turun dengan lebat membasahi bumi di Bandar Country Homes. Dingin terasa di malam hari dengan kehadiran hujan sebentar tadi.Begitulah hukum alam, kita hambaNya hanya mampu meramal dan merancang namun segala kejadian adalah di tangan Yang Maha Esa.
Ketika cuaca panas terik ,amat belas melihat pohon-pohon yang semakin menguning dan kelayuan di tengahari rembang. Haiwan juga kehausan yang amat sangat mencari sumber air untuk membasahi tekak. Ana memang meletakkan sebekas air didalam mangkuk plastik belakang rumah dan setiap hari ada kucing-kucing berkeliaran di luar rumah akan singgah minum.
Namun segala kejadian yang direncanakanNya ada hikmah disebaliknya.Ketika cuaca panas kering, ketika inilah tumbuh-tumbuhan berbunga lebat dan mekar indah pelbagai warna. Lihat sahaja banyak perkongsian di laman-laman sosial tentang pokok bunga Tekoma yang indah di merata tempat seolah-olah berada di luar negara.Di sini juga bunga-bunga Tekoma kembang indah pelbagai warna dan jatuh berguguran di muka bumi.
Ramalan mereka cuaca panas akan berterusan hingga bulan April, tetapi kerana Allah swt Yang Amat Pengasih dan Penyayang, kini hujan muncul semula. Kembali menghijau tumbuhan disekitar kediaman. Kembali terisi di longkang-longkang kecil air untuk haiwan-haiwan liar singgah menghilangkan dahaga.Demikianlah sifatNya. Segala kejadian ada rahsiaNya.Sebagai hambaNya kita jangan suka mengeluh ketika hujan atau panas, sabar dan sentiasa mendekatkan diri denganNya. Alam ini milikNya. Peringatan buat diri ana sendiri dan sebuah perkongsian disini.
29 Comments
salam singgah ana... memang terasa bahang panas skrg lagi2 eija duk rumah tinggi.. T_T.. kalu hujan tu mmg syukur sgt
ReplyDeleteAlhamdulillah eija, dah dua hari berturut di BCH ni hujan lebat, lega rasanya :)
ReplyDeleteKat tempat kak dah berbulan-bulan kemarau, hujan baru turun sekali saja..
ReplyDeleteye lah Kak Mala, sini pun baru ni tiga hari hujan lebat dan sekarang semakin dingin sikit, Alhamdulillah.
DeleteTempat CP masih tak hujan. Panas membahang.
ReplyDeletebelum sampai lagi kut CP,, In Shaa Allah nanti hujan lah dengan izinNya .
Deletealhamdulillah. tapi klantan sjk banjir besar haritu memng dah xhujn lebat. dh lma xhujan. hurmm
ReplyDeleteAlhamdulillah, ada hikmahnya tu Aina :)
Deleteassalamualaikum ana....betul tu kalau hujan sejuk sikit rasanya...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, memang seronok kalau hujan kan mama, sejuk bumi Allah swt :)
DeleteSyukur..hujan panas bersilih ganti..tanda kuasa Ya Ilahi,,moga kita senantiasa mensyukuri..hadiah nikmat pinjaman yang diberi..
ReplyDeleteAlhamdulillah, perancanganNya adalah yang terbaik buat kita hambaNya sentiasa mensyukuri .
Deletealhamdulillah....hujan turun membasahi bumi:)
ReplyDeleteAlhamdulillah Cik Iput, syukur sangat2 dengan RahmatNya .
Deletememang nikmat melihat titis-titis hujan.... angin sejuk selepas hujan tu juga yg ditunggu-tunggu..... Alhamdulillah.. syukur padaMu Ya Allah.... :-)
ReplyDelete*rindu kawan2 EFG....bila boleh join balik...?*
Alhamdulillah Ain dan selamat kembali bersama keluarga EFG :)
Delete#exchangefeedgroup
dekat tempat nani pun hujan jugak. alhamdulillah
ReplyDeleteseronok ye Nani, bila hujan sejuk dah rasanya.
DeleteTawau belum hujan lagi setakat ni. Air sekarang pun kejap ade, kejap takde. Huhu
ReplyDeleteHaha bahaya gak tu Sha, bab bab air ni, In Shaa Allah akan hujan nanti dengan IzinNya.
Deletebest nya kak Ana... kt kedah ni belum ada tanda tanda nak hujan lagi kak ana.... huhuhu...
ReplyDeleteIn Shaa Allah dengan izinNya nanti akan hujan juga Eny :)
Deletehai Ana..bestnya ada hujan..kat tempat Sha lama ddah tak hujan..mandi tengahari air pon panas hehe ^_^
ReplyDeletetu lah Sha...kalu tak kat sini pun tengahari ambil wuduk kena tunggu sampai air sejuk dulu :)
DeleteAlhamdulillah DR , sejuk kan .
ReplyDeleteKak Ana ..kat umah lya cuaca panas kak...kena byk minum air..huhu rindunya nk tgk hujan
ReplyDeleteIn Shaa Allah Lya akan hujan tak lama lagi,teruskan berdoa ye.
Deletealhamdulillah, sekarang dah hujan balik
ReplyDeletesyukur Alhamdulillah CN
Delete