Sepanjang Jalan Kenangan
Jalan Changkat Jong,Teluk Intan
kredit foto to Photomatix |
Kenapa tiba-tiba teringat Jalan Changkat Jong, Teluk Intan ni? Sebenarnya ana mendapat idea nak berkongsi tentang Jalan Changkat Jong setelah terpadang satu perkongsian foto di laman Page FB Teluk Intan Official, beberapa hari yang lepas. Jalan ini sangat dekat dengan perjalanan hidup ana membesar di bandar kelahiran dan kesayangan ana, iaitu di Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan.
Jalan Changkat Jong merupakan jalan utama masuk ke bandar Teluk Intan dari arah Bidor atau Kampar dan juga merupakan jalan yang terpanjang di bandar Teluk Intan. Melalui perbualan bahasa lama changkat bermaksud bukit atau tanah tinggi manakala perkataan jong pula dikatakan bermaksud kapal.(Namun ana tidak dapat mengesahkan maksud tersebut kerana tiada sebarang sumber rasmi yang ana perolehi di carian internet.)
Selama membesar dibandar Teluk Intan, hampir setiap hari ana melalui Jalan Changkat Jong untuk berulang alik dari rumah sama ada ke sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Rumah kami terletak di pertengahan Jalan Changkat Jong.
Sepanjang jalan di Jalan Changkat Jong,Teluk Intan |
Dua puluh tahun lepas, jalan ini hanyalah jalan bandar dua hala pergi dan balik ke bandar Teluk Intan. Tiada banyak kemudahan yang ada di sini ketika itu dan pengangkutan utama disini pada waktu itu ialah sebuah bas awam henti-henti milik syarikat Hup Soon.Memang hari-hari ana menaiki bas berwarna hijau tua tersebut dengan kadar tambang 50 sen jika tidak silap.
Namun kini, Alhamdulillah, sepanjang Jalan Changkat Jong telah pesat membangun seiring dengan arus permodenan bandar Teluk Intan itu sendiri.Disepanjang Jalan Changkat Jong ini, terdapat deretan bangunan pejabat-pejabat kerajaan, kompleks Mahkamah,Bandar Baru Teluk Intan,menganjur sehingga ke Uitm Teluk Intan yang menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital Daerah, sekolah-sekolah rendah dan menengah dan sebagainya.Disini juga letaknya salah satu restoran makan yang terkenal di Teluk Intan iaitu Gulam Rasul.
Banyak kenangan manis jika diingat semula sepanjang jalan ini dengan pelbagai kisahnya.Semoga Jalan Changkat Jong dan bandar Teluk Intan kebanggaan kami akan terus makmur,maju dan pesat membangun sambil mengekalkan elemen-elemen klasik yang masih terpelihara disekitar pusat bandar.In Shaa Allah.
27 Comments
teringat lagu jong jong inai mak ipung rajawali :D
ReplyDeletesepak tunggul inai berdarah ibu jari ye Hanis ;)
Deletebila balik kampung hubby di Bagan Datoh, kami selalu ke Teluk Intan juga... makan2 rojak Mastan Ghani... dan sekarang Teluk Intan dah ada panggung wayang... hehehehee... makin selalu la ke sana... :)
ReplyDeletepanggung MBO rasanya,oo selalu ain dtg TI ye,mastan ghani memang the best kan.. :)
Deletekak ana mengimbau kenangan lama ni. hihihi
ReplyDeletebanyak kenangan disini nani...
Deletekenangan apa tu kak naa? ehem ehem hehe
ReplyDeleteadalah KC,pelbagai suka duka ada huhu
DeleteKak Ana.... ain tag Kak Ana segmen giveaway.... heehehehee..
ReplyDeletejangan maraahhh aaaa... :)
http://dramaticuniq.blogspot.com/2015/03/giveaway-creamy-little-diary.html
ok no problema Ain ;)
Deletemimin x pernah p teluk intan.. kuikuikui , min tag kak ana kat entry mimin
ReplyDeletejom makan angin kat Teluk Intan,Min..haha seorang lagi #EFG tag kakak ye..ok no problema dear.
DeleteAlhamdulillah DR sedang pesat membangun dengan segala kemudahan infrsturturnya..
ReplyDeleteWah mesti kenangan mengusik jiwa gtu kan kan kzn kak ana..
ReplyDeleteofcoz Lya hehe :) mengusik jiwa raga bakul bagai hehe :)
Deleteingat menara condong.ingat tlk intan
ReplyDeletewajib tu PCL.. :)
Deletepewittt... ada apa dgn nama jln ni... mesti teringat dulu2 seiring sejalan kan kak Ana...
ReplyDeleteye lah Bonde, seiring dan sejalan gitu hehe :)
Deletetak pernah lagi ke sini...cantik gambarnya... mesti banyak kenangan
ReplyDeleteJom Vote blog acik bagi msmw
banyak gaklah kenangan sepanjang hayat ni acik :)
Deletelast CN pegi teluk intan masa singgah sana lps hantar adik ke uitm ;)
ReplyDeleteoo uitm fakulti perubatan ada cawangannya di Teluk Intan CN :)
DeleteSelalu jugak lalu lalng kat sini..tak tahu pula kenangannya
ReplyDeletehaha lalu lalag ye Zila, kenangan utk penghuni nya sahaja Zila :)
Deletepernah jatuh di jalan ni tak kak ana
ReplyDeletejatuh hati lah kut masa remaja dolu2 tu hehe :)
Delete