Jalan Changkat Jong,Teluk Intan

jalan changkat jong,teluk intan
kredit foto to Photomatix

Kenapa tiba-tiba teringat Jalan Changkat Jong, Teluk Intan ni? Sebenarnya ana mendapat idea nak berkongsi tentang Jalan Changkat Jong setelah terpadang satu perkongsian foto di laman Page FB Teluk Intan Official, beberapa hari yang lepas. Jalan ini sangat dekat dengan perjalanan hidup ana membesar di bandar kelahiran dan kesayangan ana, iaitu di Teluk Intan,Perak Darul Ridzuan.


Jalan Changkat Jong merupakan jalan utama masuk ke bandar Teluk Intan dari arah Bidor atau Kampar dan juga merupakan jalan yang terpanjang di bandar Teluk Intan. Melalui perbualan bahasa lama changkat bermaksud bukit atau tanah tinggi manakala perkataan jong pula dikatakan bermaksud kapal.(Namun ana tidak dapat mengesahkan maksud tersebut kerana tiada sebarang sumber rasmi yang ana perolehi di carian internet.)

Selama membesar dibandar Teluk Intan, hampir setiap hari ana melalui Jalan Changkat Jong untuk berulang alik dari rumah sama ada ke sekolah rendah sehinggalah ke sekolah menengah. Rumah kami terletak di pertengahan Jalan Changkat Jong.


jalan changkat jong, teluk intan
Sepanjang jalan di Jalan Changkat Jong,Teluk Intan

Dua puluh tahun lepas, jalan ini hanyalah jalan bandar dua hala pergi dan balik ke bandar Teluk Intan. Tiada banyak kemudahan yang ada di sini ketika itu dan pengangkutan utama disini pada waktu itu ialah sebuah bas awam henti-henti milik syarikat Hup Soon.Memang hari-hari ana menaiki bas berwarna hijau tua tersebut dengan kadar tambang 50 sen jika tidak silap.

Namun kini, Alhamdulillah, sepanjang Jalan Changkat Jong telah pesat membangun seiring dengan arus permodenan bandar Teluk Intan itu sendiri.Disepanjang Jalan Changkat Jong ini, terdapat deretan bangunan pejabat-pejabat kerajaan, kompleks Mahkamah,Bandar Baru Teluk Intan,menganjur sehingga ke Uitm Teluk Intan yang menempatkan Fakulti Perubatan, Hospital Daerah, sekolah-sekolah rendah dan menengah dan sebagainya.Disini juga letaknya salah satu restoran makan yang terkenal di Teluk Intan iaitu Gulam Rasul.

Banyak kenangan manis jika diingat semula sepanjang jalan ini dengan pelbagai kisahnya.Semoga Jalan Changkat Jong dan bandar Teluk Intan kebanggaan kami akan terus makmur,maju dan pesat membangun sambil mengekalkan elemen-elemen klasik yang masih terpelihara disekitar pusat bandar.In Shaa Allah.