Permainan Jigsaw Puzzle:


jigsaw puzzle


Once upon a time, ingat tak lagi semasa kita masih di zaman kanak-kanak, ini adalah salah satu permainan yang akan ibu ayah belikan. Sebuah papan kadbod yang dipecah-pecahkan kepingannya kemudian dengan menguji kemahiran berfikir kita perlu menyusunnya semula sehingga menjadi sekeping gambar yang lengkap.


Dari sinilah tahap pemikiran anak-anak dahulu mula bercambah dan menjadi kreatif kerana keratan-keratan puzzle ini perlu disusun mengikut gambar asas dan cantuman yang bersesuaian.Kanak-kanak pada ketika itu akan leka mencari penyelesaian dengan tekun sehingga lengkap. Sekeping demi sekeping puzzle akan disusun dan selalunya kita akan mulakan dari bahagian tepi keliling yang mempunyai garis sudut tepat dan lurus pada kepingan puzzle.


Add caption

Selalunya kita akan membelikan sekeping jigsaw puzzle yang mudah bersaiz besar dan bilangan kepingan puzzle yang sedikit sebagai permulaan untuk menguji kecerdikan akal anak-anak.Kemudian ia akan bertambah susah dan bilangan puzzle yang bertambah seiring dengan perkembangan akal dan usia anak-anak. Malah ada dikalangan golongan dewasa juga masih berminat menyusun kepingan puzzle sehingga yang seribu keping.


jigsaw puzzle
Jigsaw puzzle Adik

Ana pernah membelikan dua kotak jigsaw puzzle, satu untuk adik dan satu untuk kak long.Namun hanya adik yang berjaya menyiapkan seribu keping jigsaw puzzlenya dan sehingga kini masih berada di dinding bilik bacaan ruang rumah kami.Untuk melengkapkan sebuah jigsaw puzzle yang mempunyai seribu keping mengambil masa yang agak lama dan sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan. Andainya sekeping daripada puzzle tersebut hilang maka keseluruhan gambar tidak akan sempurna.


~berkongsi kisah jigsaw puzzle disini~

40 Comments

  1. Cantumkan puzzle ni kena banyak sabar, kan kak Ana. Dapat pulak puzzle yg besau, adoii, fengsan rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah nak-nak terhilang satu dua keping, memang tak jadilah Sha :)

      Delete
  2. ada juga buat sama sama ngan anaknisteri...masih ada.dlm.simpanan...gambar kapal layar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok kan PCL, spend time dengan anak-anak ni :)

      Delete
  3. trick dia mesti buat yang tepi-tepi dulu kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, wajib tu senang sb hujung bergaris lurus tu :)

      Delete
  4. KY ada kenangan dengan Jigsaw Puzzle ni..hihi
    pada masa tu..anak2 masih kecil lagi. mereka leka bermain benda ni di rumah jiran sebelah. maklum..masa tu KY tak mampu lagi nak belikan anak2 mainan camtu.idea akak datang..akak tampal gambar yg cantik pada manila kad dan lukis garisan serupa puzzle dan minta mereka gunting. selesai jer gunting anak2 tak teruja pun nak cantumkan..dh tahu nak cantum gmbr tu camna..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai ada kisah juga KY dengan puzzle ni ye, kenangan tu kan KY masa membesarkan anak-anak ni :)

      Delete
  5. Anak2 Fuza pun suka main. Tapi once depa dah complete Fuza glue kan semua atas board. Budak2 ni sat g campak sana sini. Hilang

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin Fuza, memang betul kalau hilang habis tak jadi dah :)

      Delete
  6. Hehe dulu lya pon ada bli utk ank2 tapi adz yg tak cukup kolum ...tak siap la jwpnyerr..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah Lya, bila dah hilang habis tak jadi dah.. :)

      Delete
  7. memang ingat sangat mainan ni..kak pun tumpang main juga yang budak2 punya...syokk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu dapat main macam ni pun dah seronok kan Kak Mala :)

      Delete
  8. yg kecik2 best ler..suki try beli yg 1000 pcs...tak siap2 hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha entah2 dah berhabuk dah Suki tak pun dah hilang dah kut :)

      Delete
  9. pnh tlg kawan buat kt rumah dia je. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah bagusnya Ezwan, rajin tolong kawan buat jigsaw puzzle :)

      Delete
  10. klau kat rumh ainaa ni. main skali, skejap lagi dah ghaib. hahaha

    ReplyDelete
  11. Those were the days. Anak-anak Mrs. A kurang minat main jigsaw puzzle ni huhuhuuuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak-budak sekarang main jigsaw puzzle kat tab dan dalam games dah MRS A :)

      Delete
  12. hebat nyer dapat siapkan seribu keping puzzle : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah miesha, ambil masa juga anak kak ana siapkan :)

      Delete
  13. Masih segar di ingatan. Huhuuu baru2 nie masa Cik candy orentasi pun, kena settlekan puzzzle yang macam gini jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke CC, buat ramai-ramai lagi seronok kan :)

      Delete
  14. assalamualaikum ana...anak mama masa kecik2 dulu mmg suka puzzle ni...dah beso ni pun suka juga tapi x ada masa nak membuatnya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama, masa kecil2 dulu ana belikan yamg simple-simple, tahun lepas semasa kak long tunggu SPM belikan yang seribu keping tu, last2 adik siap, kak long punya terbiar separuh duk bawah katil lagi sampai sekarang ni hehe :)

      Delete
  15. main puzzle ni kena ada kesabaran ynag tinggi.kalu mudah putus asa jawabnya tak tersambung la semuanya.. dan pemikiran yang kreatif.. mommylina suka main ni..sebab bantu hilangkan stress juga tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke mommy ,kalau kak ana tambah stress ada lah kut, but it's fun anyway dan mengasah kreativiti anak2 kan :)

      Delete
  16. main puzzle ni mmg kena ada kesabaran yg tinggi

    ReplyDelete
  17. dah lama sangat tak main puzzle macam tu kak naa hehhee

    ReplyDelete
  18. Anak saya mula bermain benda ni sejak umur 3 tahun kalau tak salah..sampai la dia umur 6 tahun baru dia berhenti main ni..setakat ni dia ada hampir 50 set puzzle...saya ada buat entry pasal ni..nanti kalau saya jumpa entry tu saya share kat komen nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyaknya koleksi anak DR, ok nanti share kat sini ye ,pasti anak DR seorang yg kreatif kan :)

      Delete
  19. Cikla ada gak belikan utk anak2 cikla. Last2 ibunya yang sudahkan... Hehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha itu dah normal dah tu Cik La, macam bab makan jugalah bila tak habis kita sebagai ibulah yang akan habiskannya kan :)

      Delete
  20. kecik2 ayah pun selalu beli.. tak lah sampai seribu, ratus je kot. main susun dengan adik2 ulang2 kali heheheh

    ReplyDelete