Jigsaw Puzzle
Permainan Jigsaw Puzzle:
Once upon a time, ingat tak lagi semasa kita masih di zaman kanak-kanak, ini adalah salah satu permainan yang akan ibu ayah belikan. Sebuah papan kadbod yang dipecah-pecahkan kepingannya kemudian dengan menguji kemahiran berfikir kita perlu menyusunnya semula sehingga menjadi sekeping gambar yang lengkap.
Dari sinilah tahap pemikiran anak-anak dahulu mula bercambah dan menjadi kreatif kerana keratan-keratan puzzle ini perlu disusun mengikut gambar asas dan cantuman yang bersesuaian.Kanak-kanak pada ketika itu akan leka mencari penyelesaian dengan tekun sehingga lengkap. Sekeping demi sekeping puzzle akan disusun dan selalunya kita akan mulakan dari bahagian tepi keliling yang mempunyai garis sudut tepat dan lurus pada kepingan puzzle.
Add caption |
Selalunya kita akan membelikan sekeping jigsaw puzzle yang mudah bersaiz besar dan bilangan kepingan puzzle yang sedikit sebagai permulaan untuk menguji kecerdikan akal anak-anak.Kemudian ia akan bertambah susah dan bilangan puzzle yang bertambah seiring dengan perkembangan akal dan usia anak-anak. Malah ada dikalangan golongan dewasa juga masih berminat menyusun kepingan puzzle sehingga yang seribu keping.
Jigsaw puzzle Adik |
Ana pernah membelikan dua kotak jigsaw puzzle, satu untuk adik dan satu untuk kak long.Namun hanya adik yang berjaya menyiapkan seribu keping jigsaw puzzlenya dan sehingga kini masih berada di dinding bilik bacaan ruang rumah kami.Untuk melengkapkan sebuah jigsaw puzzle yang mempunyai seribu keping mengambil masa yang agak lama dan sangat memerlukan kesabaran dan ketekunan. Andainya sekeping daripada puzzle tersebut hilang maka keseluruhan gambar tidak akan sempurna.
~berkongsi kisah jigsaw puzzle disini~
39 Comments
Cantumkan puzzle ni kena banyak sabar, kan kak Ana. Dapat pulak puzzle yg besau, adoii, fengsan rasanya
ReplyDeletetu lah nak-nak terhilang satu dua keping, memang tak jadilah Sha :)
Deleteada juga buat sama sama ngan anaknisteri...masih ada.dlm.simpanan...gambar kapal layar.
ReplyDeleteseronok kan PCL, spend time dengan anak-anak ni :)
Deletetrick dia mesti buat yang tepi-tepi dulu kan..
ReplyDeletetu lah, wajib tu senang sb hujung bergaris lurus tu :)
DeleteKY ada kenangan dengan Jigsaw Puzzle ni..hihi
ReplyDeletepada masa tu..anak2 masih kecil lagi. mereka leka bermain benda ni di rumah jiran sebelah. maklum..masa tu KY tak mampu lagi nak belikan anak2 mainan camtu.idea akak datang..akak tampal gambar yg cantik pada manila kad dan lukis garisan serupa puzzle dan minta mereka gunting. selesai jer gunting anak2 tak teruja pun nak cantumkan..dh tahu nak cantum gmbr tu camna..hahaha
alahai ada kisah juga KY dengan puzzle ni ye, kenangan tu kan KY masa membesarkan anak-anak ni :)
DeleteAnak2 Fuza pun suka main. Tapi once depa dah complete Fuza glue kan semua atas board. Budak2 ni sat g campak sana sini. Hilang
ReplyDeleterajin Fuza, memang betul kalau hilang habis tak jadi dah :)
DeleteHehe dulu lya pon ada bli utk ank2 tapi adz yg tak cukup kolum ...tak siap la jwpnyerr..
ReplyDeletetu lah Lya, bila dah hilang habis tak jadi dah.. :)
Deletememang ingat sangat mainan ni..kak pun tumpang main juga yang budak2 punya...syokk..
ReplyDeletemasa tu dapat main macam ni pun dah seronok kan Kak Mala :)
Deleteyg kecik2 best ler..suki try beli yg 1000 pcs...tak siap2 hahaha
ReplyDeletehaha entah2 dah berhabuk dah Suki tak pun dah hilang dah kut :)
Deletepnh tlg kawan buat kt rumah dia je. hehehee
ReplyDeletewah bagusnya Ezwan, rajin tolong kawan buat jigsaw puzzle :)
Deleteklau kat rumh ainaa ni. main skali, skejap lagi dah ghaib. hahaha
ReplyDeletebersepah lah ye aina :)
DeleteThose were the days. Anak-anak Mrs. A kurang minat main jigsaw puzzle ni huhuhuuuu...
ReplyDeletebudak-budak sekarang main jigsaw puzzle kat tab dan dalam games dah MRS A :)
Deletehebat nyer dapat siapkan seribu keping puzzle : )
ReplyDeletehaah miesha, ambil masa juga anak kak ana siapkan :)
DeleteMasih segar di ingatan. Huhuuu baru2 nie masa Cik candy orentasi pun, kena settlekan puzzzle yang macam gini jugak
ReplyDeleteye ke CC, buat ramai-ramai lagi seronok kan :)
Deleteassalamualaikum ana...anak mama masa kecik2 dulu mmg suka puzzle ni...dah beso ni pun suka juga tapi x ada masa nak membuatnya...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, masa kecil2 dulu ana belikan yamg simple-simple, tahun lepas semasa kak long tunggu SPM belikan yang seribu keping tu, last2 adik siap, kak long punya terbiar separuh duk bawah katil lagi sampai sekarang ni hehe :)
Deletemain puzzle ni kena ada kesabaran ynag tinggi.kalu mudah putus asa jawabnya tak tersambung la semuanya.. dan pemikiran yang kreatif.. mommylina suka main ni..sebab bantu hilangkan stress juga tau...
ReplyDeleteye ke mommy ,kalau kak ana tambah stress ada lah kut, but it's fun anyway dan mengasah kreativiti anak2 kan :)
Deletemain puzzle ni mmg kena ada kesabaran yg tinggi
ReplyDeletebetul tu CN :)
Deletedah lama sangat tak main puzzle macam tu kak naa hehhee
ReplyDeleteKC busy dah dengan kelas kan :)
Deletebanyaknya koleksi anak DR, ok nanti share kat sini ye ,pasti anak DR seorang yg kreatif kan :)
ReplyDeleteCikla ada gak belikan utk anak2 cikla. Last2 ibunya yang sudahkan... Hehe....
ReplyDeletehaha itu dah normal dah tu Cik La, macam bab makan jugalah bila tak habis kita sebagai ibulah yang akan habiskannya kan :)
Deletekecik2 ayah pun selalu beli.. tak lah sampai seribu, ratus je kot. main susun dengan adik2 ulang2 kali heheheh
ReplyDeletenostalgiakan Eny :)
Delete