Tumbuhan Yang Hamil ??
Keladi Bunting (Google Image) |
Satu pemandangan yang indah , namun hati-hati kerana ia bukannya di atas padang yang boleh dijejaki namun keindahan yang mempersonakan ini berada di kawasan berair, sama ada tasik, parit, lombong mahupun sungai. Hari ini, ana kongsikan kisah tumbuhan akuatik yang suatu ketika dahulu menjadi permainan bagi ana, pokok keladi bunting. Bunting dalam bahasa pertuturan di rumah ialah mengandung atau hamil.Kenapa pokok ini di panggil keladi bunting ye ??
Keladi Bunting:
kredit foto: https://everythingspossible.wordpress.com/ |
Kenapa ia dipanggil keladi bunting ialah kerana rupa bentuk dibahagian batang tumbuhan air ini yang kembung seolah-olah perempuan hamil.Sebenarnya batang keladi bunting ini mengembung kerana ia mempunyai ruang udara seperti span untuk mengapungkan tumbuhan di atas muka perairan. Sangat sempurna Maha Pencipta.
Jika dahulu, ana biasa bermain dengan pokok keladi bunting ini kerana mudah terdapat di kawasan parit besar di belakang rumah.Kami jadikan ia sebahagian bahan untuk permainan masak-masak ketika kecil.Namun jika berada di sungai, orang-orang tua akan berpesan ,jangan menghampiri sekelompok keladi bunting yang hanyut kerana di bawahnya kebiasaannya ada sang buaya. Waallahu a'lam.
Kini pokok akuatik ini di tanam sebagai tanaman hiasan lanskap yang berkonsep air. Pokok keladi bunting juga dijadikan makanan ternakan dan juga ikan.Ia mempunyai akar rerambut yang halus sama seperti pokok kiambang.Jarang dah ana temui pokok keladi bunting , disekitar bandar sekarang .
~berkongsi kisah keladi bunting disini~
35 Comments
Pokok makanan utk ikan dlm kolam dan tasik ni kan..
ReplyDeletehaah Maria, boleh jadi makanan ikan juga.
Deletesiapa yang buntingkan dia k.ana?????
ReplyDeletehaha ewan soalan mu...sungguh mencabar minda ;0
Deleteini orang kecik2 degil main tepi parit. hihihi
ReplyDeletekanak-kanak kg Min. hehe
Deleteada satu lagi "bunting"ana yg dicukup dikenali..
ReplyDeleteapalagi kalau bunting colourful yang dipasang sempena temasya sukan tu..hihi
haha ANIM tu sebutannya lain sikit...
DeleteTak jauh dari rumah kakcik ada restoran Dayang Bunting... hehehe
ReplyDeletehat tu pi makan sedap kak cik.. hihi
Deletedah susah nak nampak keladi bunting skrng ni... kat kampung pun dah takde... :(
ReplyDeletenak pupuskah...??
betul kan Ain, dah makin pupus agaknya.
Deletehahaha . ingt kan tumbuhan ap tadi .
ReplyDeleteLeyla, tajuk kena gempak kan teknik seo EFG hihi
Deleteassalamualaikum ana...yer la semuanya ada perkataan bunting ...pelik tapi benarkn...:)
ReplyDeletepandai orang dulu- dulu buat gelaran kan mama,Waalaikumsalam mama .
Deletecantik bunganya..
ReplyDeletecantik kan izzeyda
Deletecantiknya bunga keladi bunting :-)
ReplyDeletememang cantik tapi bila dipetik dr pokoknya akan kelayuan serta merta ;)
Deleteterkujat jugak baca tajuknya tadi..hahaha :p
ReplyDeletetajuk biar gempak Zila ;)hihi
Deletehaha..DR sharingis caring dear.. ;)
ReplyDeletebestnya pokok ni. bakal melahirkan anak tidak lama lagi ngeee
ReplyDeletehaha lawaklah hangpa aRz hehe :)
Deletesaya pun dulu suka tengok pokok ni. sebab kebolehannya terapung
ReplyDeleteunik kan terapung atas air :)
Deletebelakang rumah kita dulu2 banyak pokok keladi bunting ni.... kite geli nk pegang...heheheh :D
ReplyDeletelaa geli lak aisya, kak ana suka main pokok ni dulu siap potong2 batang dia sebab lembut macam span hehe :)
Deletekeladi bunting namanya rupanya . ha ah . masa budak2 dulu mmg suka main keladi bunting ni . pokok ni mudah membiak ...
ReplyDeletehaah kami panggil keladi bunting lah CM, memang cepat je merebak kat dalam kolam atau sungai kan :)
DeleteMenyinggah jap...eladi bunting...boleh buat parit dan sungai tersumbat kalau dah tak terkawal...
ReplyDeletebetul tu Fida, kalau dapat membiak memang payah nak kawal kan :)
DeleteIndah Sekali Bunganya Model baju kerja
ReplyDeletecantikkan :)
Delete