bunga keladi bunting
Keladi Bunting (Google Image)

Satu pemandangan yang indah , namun hati-hati kerana ia bukannya di atas padang yang boleh dijejaki namun keindahan yang mempersonakan ini berada di kawasan berair, sama ada tasik, parit, lombong mahupun sungai. Hari ini, ana kongsikan kisah tumbuhan akuatik yang suatu ketika dahulu menjadi permainan bagi ana, pokok keladi bunting. Bunting dalam bahasa pertuturan di rumah ialah mengandung atau hamil.Kenapa pokok ini di panggil keladi bunting ye ??


Keladi Bunting:

 

kredit foto: https://everythingspossible.wordpress.com/

Kenapa ia dipanggil keladi bunting ialah kerana rupa bentuk dibahagian batang tumbuhan air ini yang kembung seolah-olah perempuan hamil.Sebenarnya batang keladi bunting ini mengembung kerana ia mempunyai ruang udara seperti span untuk mengapungkan tumbuhan di atas muka perairan. Sangat sempurna Maha Pencipta.

Jika dahulu, ana biasa bermain dengan pokok keladi bunting ini kerana mudah terdapat di kawasan parit besar di belakang rumah.Kami jadikan ia sebahagian bahan untuk permainan masak-masak ketika kecil.Namun jika berada di sungai, orang-orang tua akan berpesan ,jangan menghampiri sekelompok keladi bunting yang hanyut kerana di bawahnya kebiasaannya ada sang buaya. Waallahu a'lam.

Kini pokok akuatik ini di tanam sebagai tanaman hiasan lanskap yang berkonsep air. Pokok keladi bunting juga dijadikan makanan ternakan dan juga ikan.Ia mempunyai akar rerambut yang halus sama seperti pokok kiambang.Jarang dah ana temui pokok keladi bunting , disekitar bandar sekarang .


~berkongsi kisah keladi bunting disini~