jagung rebus,bubur jagung,air jagung

Petang tadi, suami balik dari kerja bawa tiga tongkol jagung rebus.Bila tengok jagung ni, terus teringat kat kak long yang memang suka sangat makan jagung, samalah macam ibunya. Ana kalau dapat makan jagung memang sampai licin ana kunyah sebaris demi sebaris menghabiskannya.Sebenarnya ana nak kongsikan disini pelbagai menu yang sedap-sedap dari jagung ni.


 Jagung bakar:

 

jagung bakar


 Selain daripada jagung rebus, jagung tongkol juga sedap dibakar. Selalunya kita membakar jagung semasa mengadakan bbq bersama-sama keluarga.Memang enak dan tambah sedap bila disapukan mentega semasa hendak memakannya.

Jagung kukus:


Ada juga jagung yang dikukus, rasanya lebih kurang sama dengan jagung rebuskan.Cuma sekarang ni jagung kukus biasanya dijual didalam cawan dan dicampur dengan susu dan mentega untuk menambah kelazatannya.

Air jagung:

 

Google Image

 

 Hari Ahad lepas , baru sahaja ana minum air jagung.Pekat dan lemak sungguh rasanya.Nak-nak pula ketika cuaca panas membahang sekarang ni.Memang menyegarkan.

Puding jagung:

 

Memang kuih kesukaan ana dan anak-anak dirumah ni.Adik Ika panggil puding spongebob sebab bentuknya dalam loyang segiempat dan berwarna kuning, sekali pandang memang macam Spongebob.

Bubur jagung:


Google Image

Kalau ada banyak jagung dirumah memang menu wajib ana buat ialah bubur jagung.Sama ada campurkan dengan sagu, kacang merah atau cukup sekadar jagungnya sahaja.Memang sedap dan lazat sekali kan.


Inilah antara menu-menu daripada jagung yang sering kita hidangkan atau makan.Selain daripada putik jagung muda yang sering kali dijadikan sajian sayuran seperti masak lemak atau dalam tomyam.Memang pelbagai menu dapat kita hasilkan dari buah jagung yang sangat enak.


~berkongsi kisah jagung disini~