Teko Antik Naga:


teko antik naga
Teko Antik Naga

Sekali lagi ana kongsikan kisah teko antik disini, jika sebelum ini ana pernah kongsikan sebuah teko comel d berimej kota London di SINI , hari ini kita cuci mata dengan dua biji teko antik dengan motif naga.Kedua-dua teko ini telah disimpan puluhan tahun oleh arwah ibu saudara ana , iaitu pemberian dari majikannya dahulu yang berbangsa Inggeris semasa berkhidmat di salah sebuah ladang di Teluk Intan.

Sehingga hari ini, ia masih dijaga dan tersimpan di dalam  almari hiasan rumah arwah tok.Pernah juga kami gunakan sekali-sekala namun oleh kerana sayang akan keunikkannya, kami lebih suka menyimpannya sahaja.Yang berwarna putih bersaiz seperti teko biasa manakala yang berwarna merah saiznya lebih kecil.


teko antik naga
Teko Naga Merah

teko naga putih
Teko Naga Putih

Ramai juga orang yang berminat untuk membeli kedua-dua koleksi teko antik bermotif naga ini, namun kami masih sayang dan akan menyimpannya untuk koleksi peribadi kami sekeluarga.Motif ini amat diminati oleh kaum Cina.


~sekadar berkongsi koleksi antik disini~