UiTM Tapah, Perak
UiTM Tapah,Perak:
kredit foto: tapah.uitm.edu.my |
Pejam celik putaran waktu yang berlalu,hampir berakhir semester dua kak long didalam pengajiannya di UiTM dalam jurusan Diploma Sains, Fakulti Sains Gunaan.Jika sebelum ini di semesta pertama, kak long transit di kampus UiTM Kuala Pilah selama enam bulan, kini dia menuntut di kampus tetap di UiTM Tapah sehingga ke semesta akhir kelak. In Shaa Allah.Kisah UiTM Kuala Pilah pernah ana kongsikan di SINI .Kali ini ana kongsikan beberapa matlumat dan gambar disekitar kampus UiTM cawangan Tapah sebagai rujukan kepada mereka yang sedang mencari serba sedikit info tentang kampus ini.Maklumlah tidak lama lagi akan ada kemasukkan pelajar baru , sama seperti kak long sebelum ini, akan cuba menGoogle untuk mendapatkan sedikit gambaran tempat pengajian yang bakal diduduki.
Ana bersyukur sangat bila kak long ditempatkan di UiTM Tapah kerana jaraknya dengan kampung halaman di Teluk Intan tidak jauh dalam lebih kurang 40km sahaja.Kampus UiTM Tapah terletak selepas pekan Tapah Road jika datang dari Teluk Intan.Kampus ini memulakan operasinya di akhir tahun 2010 dan segala kemudahan yang disediakan semuanya masih baru.
Bangunan Kolej Kediaman Gamma |
Memasuki kawasan kampus UiTM Tapah disebelah kiri ialah blog kolej kediaman Gamma dimana pada sessi pengajian kak long, disini ditempatkan pelajar-pelajar lelaki.Blog ini juga mempunyai dewan kuliah, kemudahan kafetaria dan lain-lain kemudahan buat pelajar seperti ATM dan sebagainya.
Kompleks pentadbiran UiTM Tapah |
Dihadapan sebuah bulatan di dalam kampus ini terdapatnya kompleks pentadbiran UiTM Tapah. Di sebelah kanannya pula tersergam sebuah surau yang amat besar dan selesa untuk kegunaan semua.
Surau UiTM Tapah |
Fakulti Sains Gunaan, UiTM Tapah:
Meneruskan perjalanan kemudian akan terlihat dua buah blog bangunan Fakulti Sains Gunaan, disini lah kak long dan rakan-rakannya menimba ilmu setiap hari.
Fakulti Sains Gunaan ,UiTM Tapah |
Dan berdekatan bangunan Fakulti Sains Gunaan inilah ditempatkan kolej kediaman Alpha buat pelajar-pelajar perempuan. Kolej kediaman Alpha terdiri daripada beberapa blog dan disetiap blog ada yang berkongsi empat orang sebilik dan kak long pula mendiami bilik untuk dua orang sahaja.
Kolej kediaman Alpha, UiTM Tapah |
Dihadapan kolej kediaman Alpha ini terdapat sebuah kafetaria untuk memudahkan pelajar membeli makanan dan minuman. Ana difahamkan oleh kak long di kampus UiTM Tapah, kafetaria terdapat disetiap blog bangunan kolej kediaman dan fakulti.
Kafetaria di Blog Alpha |
Fakulti Sains Komputer dan Matematik,Fakulti Perakaunan,UiTM Tapah:
Manakala disebelah kiri Kompleks Pentadbiran pula terdapat dua lagi Fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Mathematik serta Fakulti Perakaunan .
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Tapah. |
Diseberang dua bangunan fakulti ini pula ialah kolej kediaman ketiga iaitu kolej kediaman Beta.Buat masa ini kedua-dua kolej kediaman Alpha dan Beta menempatkan siswi manakala siswa hanya di Gamma.Dari sini kita dapat gambaran bahawa bilangan mahasiswi lebih ramai dari mahasiswa disini kan..
Kolej Kediaman Beta, UiTM Tapah |
Ini sahaja yang sempat ana kongsikan disini kerana agak terbatas matlumat yang ana ada buat masa ini.Semoga serba sedikit perkongsian disini akan dapat memberikan sedikit gambaran buat anak-anak yang bakal melanjutkan pelajaran ke Kampus UiTM cawangan Tapah, Perak. Untuk keterangan lanjut bolehlah ke portal rasmi UiTM.
~berkongsi info UiTM Tapah, disini~
54 Comments
Akak jarang balik kg ikut jalan Tapah ni, sesekali bila ada jam melampaui baru kami keluar ikut Tapah. tak perasan ada UITM, apapun tahniah ye..
ReplyDeleteterima kasih zila, kampus ni berhampiran Tapah Road Zila, lebih kurang 5km dari stesen keretapi KTM :)
Deleteselalu kalau Tapah ni.. ke RNR je heheheh...
ReplyDeleteperkongsian yg baik kak ana, sebab mesti ada yg akan cr info. sebab masa adik saya nk masuk Uitm jasin dulu jenuh juga saya google pasai kampus jasin sebab kampus baru tak ramai yg tahu...
otw ke utara ye Eny, betul tu siapa pun akan cuba mencari serba sedikit info bila nak sambung belajar kan Eny, semoga perkongsian kita melekat di SE dan dapat membantu serba sedikit, In Shaa Allah :)
Deletedapat jd pemandu pelancong ni ana kan, lengkap lah cerita nya, take noted dulu mana tau tersesat kesana dpt guna info ni
ReplyDeletehaha kita kongsikan apa yang tahu je kak noor, semoga memberi manfaat buat yang lain :)
DeleteSusah nak dpt uitm. Beruntung yg dpt tawaran ke situ
ReplyDeleteAlhamdulillah Mimin, dalam EFG ramai rupanya alumni UiTM termasuk boss besar kita kan hehe :)
DeleteBetul Kak Ana. Ramai betul geng efg alumni UITM. Sha sorang aje UTM agaknye, huhu
Deletekan Sha, nanti ada lah kut geng UTM kat EFG hehe :)
Deletehuhu... bestnyee dapat u.. anis jugak politeknik je..huhu.. besar jugak kawsan uitm tapah.. cntikk :)
Deletealahai aniss sayang sama je belajar kat mana pun, rezeki dari Allah swt yang tentukan.. haah luas juga kawasannya.
Deleteinfo yg bagus kak. sebagai rujukan mereka yg tercari2kan uitm tapah ni. mesti semua kemudahan masih baru. pernah gak merasa duduk asrama baru. semuanya bersih n nampak cantik. moga sukses buat kak long. blaja sungguh2 ye dik
ReplyDeleteterima kasih Yumida, AMin In Shaa Allah.. :)
Deletetak penah sampai lagi ke uitm tapah ni
ReplyDeletenanti kalau nak pi Cameron ikut Tapah boleh lah lalu kat sini Nani :)
Deletecantiknya kampus Tapah ni..semoga anak kak Ana dapat belajar dengan cemerlang kat sini.
ReplyDeleteterima kasih Sal, Aminn, In Shaa Allah.
Deletewaahhh... cantiknya...!!
ReplyDeleteuntung laaaa pelajar2 sekarang.. persekitaran kondusif... :)
serba baru ain, kampus UiTM Tapah ni :)
DeleteByk info yg dpt kita cedok dgn perkongsian kak ana ttg uitm tapah ni..moga2 merekz kt luar sana dpt laa sedikit sebyk.maklumat..
ReplyDeleteterima kasih Lya, semoga perkongsian kak ana akan memberi manfaat buat orang lain, In Shaa Allah.
Deleteuitm baru ye kak? sebelum ni dekat sri iskandar
ReplyDeletehaah CN kampus baru selepas UiTM sri iskandar :)
DeleteSalam kenal dr kami
ReplyDeletetq Kak Mahh sudi ke sini bersama AJ :)
DeleteTq kak kerana sudi kongsi... sy bkl student uitm tapah.. perkongsian yg amat mmbantu... selamat berkenalan...
ReplyDeleteAlhamdulillah ,semoga Halissa mendapat serba sedikit gambaran dari entri ini, selamat menjadi sebahagian dari penghuni Uitm Tapah. :)
DeleteAssalamualaikum akak..bole ke request room mate?? school mate sye nak sebilik ngan sye. Sye msok selasa dpn.heheh. printer dibenarkan bawak x??
ReplyDeleteWaalaikumsalam Ana Hanis, roomate ditetapkan oleh pihak kolej kediaman, tiada pilihan atau permintaan akan dilayan, kenalah belajar menyesuaikan diri dengan rakan baru ye, all the best dan selamat melanjutkan pelajaran sebagai siswazah di sana.
DeleteOk. Thanks for the info..printer bole bwk ke tak ye?
DeleteBoleh Ana, boleh bawa printer,cerek elektrik ,seterika dan sebagainya cuma akan dikenakan bayaran kupon setiap barang elektrik tersebut.
DeleteJauh tak uitm tapah dengan uitm seri iskandar
ReplyDeleteFyka Syaz, agak jauh jugalah..Seri Iskandar dengan Tapah ni tak pasti berapa puluh km..dua tempat yang berlainan ni :)
DeleteSaya dapat tawaran belajar dekat uitm tapah, diploma sains sesi 2 2015/2016.. jauh tak fsg dri asrama.. katil kat bilik double deck ke single bed..
ReplyDeleteTahniah CM, Selamat bergelar siswa/siswi .Untuk siswi memang tak jauh kolej kediaman Alpha untuk siswi berhadapan fakulti SG tetapi buat siswa agak jauh dari bangunan FSG ni, katil semuanya single bed setakad pengalaman anak ana menuntut di sini. :)
DeleteKemudahan seperti bilik air tuk setiap bilik ke atau cne? Dan kemudahan line dan internet bagaimana? Tgok gmba-2 cantikk sgt kampus baru ni. Cuma dia luar bandarkan. Jauh dr bandar 😀
ReplyDeletebilik air dan tandas di luar bilik setiap tingkat ada lebih kurang sepuluh tandas, ikut blok masing-masing.Kemudahan internet disediakan di setiap lokasi,kampus memang baru dan cantik terletak dipinggir bandar Tapah.
DeleteOooo kalau bilik pulak . selalunye berapa org ? :)
Deletebilik ada yang berdua ada yang berempat :)
DeleteCik AnaJingga,
ReplyDeleteTerima kasih dengan kongsi maklumat mengenai UITM Tapah. Ia amat berguna.
Di mana kemudahan mesin basuh?
Jika tiada, di mana biasa siswa/siswi cuci pakaian mereka?
Sekian terima kasih.
Sama-sama azham, maaf lambat reply dua hari offline :) mesin basuh ada disediakan di blog siswi alpha, blog lelaki AJ tak pasti ada ke tidak jenis duit syiling, dan kalau nak basuh sendiri pastinya di bilik air. harap membantu ye ,terima kasih ke anajingga.com dan selamat menjalani kehidupan di kampus uitm Tapah .
DeleteCik AnaJingga,
DeleteTerima kasih membalas. Mesin basuh di blok siswi alpha jenis yang macam mana?
Sekian terima kasih.
alamak jenis macam mana tak pasti kerana bukan AJ yang tinggal di sana tetapi anak AJ.. menurutnya mesin basuh layan diri, kena guna duit syiling , sorry ye tak dapat membantu.. :(
DeleteAssalamualaikum,nk tnya selain tapah.kampua mna yg sediakn kos dip sains?
ReplyDeletewaalaikumsalam abba abdullah, sebelum ke Tapah anak AJ di tempatkan di kampus transit di Kuala Pilah dalam Diploma in sains ini, untuk kampus mana yang menawarkan pengajian tersebut mungkin boleh rujuk ke portal rasmi Uitm sendiri, maaf AJ tiada info tentangnya :)
DeleteAssalamualaikum,saya telah ditawarkan pengajian diploma sains di uitm Tapah dan saya juga ditawarkan matrikulasi kos sains. Soalan saya ialah, apakah perbezaan antara keduanya ini dari pembelajarannya? susah tak pembelajarannya, seronok tak kat sini?
ReplyDeleteWaalaikumsalam dan tahniah adik. Matrik adalah peluang yg paling baik utk diambik kerana selepas setahun dah boleh sambung degree jika pointer tinggi dan pastinya lebih mencabar.Namun memerlukan komitmen yg kuat. Diploma bila tamat dah boleh digunakan utk bekerja In shaa Allah. Buatlah pilihan yang bijak mengikut kemampuan adik. Kampus Uitm Tapah, sebuah kampus yg serba baru persekitarannya.In shaa Allah adik akan seronok belajar disini. Semoga sukses.. amiin.
Deletesalam kak. saya nak tanya. uitm tapah dgn ktm tapah dekat tak? ada teksi tak area tu? akak ada contact no teksi area uitm tu tak? tq
ReplyDeleteWaalaikumsalam Denaa, Uitm Tapah dan Ktm berdekatan sahaja kerana dua2nya di Tapah Road,jarak lebih kurang 5-7km antara dua lokasi ni. In Shaa Allah Denaa akan dapatnya dari senior nanti kay..all the best dan Tahniah bergelar siswazah Uitm :)
DeleteAssalamualaikum akak nak tanya di uitm tapah ade menyediakan tempat untuk photostat dan print tak,dan dekat sana line n wifi okey x
ReplyDeletewaalaikumsalam Nurul, Tahniah kerana telah berjaya menempatkan diri sebagai siswazah di Uitm Tapah. Ada semua kemudahan tersebut ada dan in shaa allah line wifi pun baik :)
Deletesalam..adakah facilities di asrama bagus dan asrama macam mana ya?
ReplyDeletewaalaikumsalam , in shaa semua bagus kampus baru... kalau asrama perempuan boleh baca di https://www.anajingga.com/2016/11/bilik-kolej-kediaman-uitm-tapah.html
Delete