UiTM Tapah,Perak:


kredit foto: tapah.uitm.edu.my


Pejam celik putaran waktu yang berlalu,hampir berakhir semester dua kak long didalam pengajiannya di UiTM dalam jurusan Diploma Sains, Fakulti Sains Gunaan.Jika sebelum ini di semesta pertama, kak long transit di kampus UiTM Kuala Pilah selama enam bulan, kini dia menuntut di kampus tetap di UiTM Tapah sehingga ke semesta akhir kelak. In Shaa Allah.Kisah UiTM Kuala Pilah pernah ana kongsikan di SINI .Kali ini ana kongsikan beberapa matlumat dan gambar disekitar kampus UiTM cawangan Tapah sebagai rujukan kepada mereka yang sedang mencari serba sedikit info tentang kampus ini.Maklumlah tidak lama lagi akan ada kemasukkan pelajar baru , sama seperti kak long sebelum ini, akan cuba menGoogle untuk mendapatkan sedikit gambaran tempat pengajian yang bakal diduduki.


Ana bersyukur sangat bila kak long ditempatkan di UiTM Tapah kerana jaraknya dengan kampung halaman di Teluk Intan tidak jauh dalam lebih kurang 40km sahaja.Kampus UiTM Tapah terletak selepas pekan Tapah Road jika datang dari Teluk Intan.Kampus ini memulakan operasinya di akhir tahun 2010 dan segala kemudahan yang disediakan semuanya masih baru.


uitm tapah kolej kediaman gamma
Bangunan Kolej Kediaman Gamma

Memasuki kawasan kampus UiTM Tapah disebelah kiri ialah blog kolej kediaman Gamma dimana pada sessi pengajian kak long, disini ditempatkan pelajar-pelajar lelaki.Blog ini juga mempunyai dewan kuliah, kemudahan kafetaria dan lain-lain kemudahan buat pelajar seperti ATM dan sebagainya.

uitm tapah
Kompleks pentadbiran UiTM Tapah

Dihadapan sebuah bulatan di dalam kampus ini terdapatnya kompleks pentadbiran UiTM Tapah. Di sebelah kanannya pula tersergam sebuah surau yang amat besar dan selesa untuk kegunaan semua.

surau uitm tapah
Surau UiTM Tapah

 

 Fakulti Sains Gunaan, UiTM Tapah:


Meneruskan perjalanan kemudian akan terlihat dua buah blog bangunan Fakulti Sains Gunaan, disini lah kak long dan rakan-rakannya menimba ilmu setiap hari.


uitm tapah fakulti sains gunaan
Fakulti Sains Gunaan ,UiTM Tapah
Dan berdekatan bangunan Fakulti Sains Gunaan inilah ditempatkan kolej kediaman Alpha buat pelajar-pelajar perempuan. Kolej kediaman Alpha terdiri daripada beberapa blog dan disetiap blog ada yang berkongsi empat orang sebilik dan kak long pula mendiami bilik untuk dua orang sahaja.


uitm tapah kolej alpha
Kolej kediaman Alpha, UiTM Tapah

Dihadapan kolej kediaman Alpha ini terdapat sebuah kafetaria untuk memudahkan pelajar membeli makanan dan minuman. Ana difahamkan oleh kak long di kampus UiTM Tapah, kafetaria terdapat disetiap blog bangunan kolej kediaman dan fakulti.

Kafetaria di Blog Alpha

Fakulti Sains Komputer dan Matematik,Fakulti Perakaunan,UiTM Tapah:


Manakala disebelah kiri Kompleks Pentadbiran pula terdapat dua lagi Fakulti iaitu Fakulti Sains Komputer dan Mathematik serta Fakulti Perakaunan .

uitm tapah fakulti sains komputer dan matematik
Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Tapah.

Diseberang dua bangunan fakulti ini pula ialah kolej kediaman ketiga iaitu kolej kediaman Beta.Buat masa ini kedua-dua kolej kediaman Alpha dan Beta menempatkan siswi manakala siswa hanya di Gamma.Dari sini kita dapat gambaran bahawa bilangan mahasiswi lebih ramai dari mahasiswa disini kan..

Kolej Kediaman Beta, UiTM Tapah

Ini sahaja yang sempat ana kongsikan disini kerana agak terbatas matlumat yang ana ada buat masa ini.Semoga serba sedikit perkongsian disini akan dapat memberikan sedikit gambaran buat anak-anak yang bakal melanjutkan pelajaran ke Kampus UiTM cawangan Tapah, Perak. Untuk keterangan lanjut bolehlah ke portal rasmi UiTM.





~berkongsi info UiTM Tapah, disini~