Buah Yang Semakin Di Lupakan
Buah Keranji:
Sorong papan,tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu
![]() |
kredit foto: Google Image |
Buah keranji ni sejenis buah hutan.Isinya seperti sponge yang lembut berwarna jingga atau oren.Biasa dimakan begitu sahaja.Pernah terbaca ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah cuma tak pasti sangat sumber dan kebenarannya.Buah keranji ini ana perolehi dari adik sepupu yang membawanya dari Sarawak.Mungkin di sana dan beberapa tempat lain masih mudah untuk mendapatkan buah keranji.Apapun ia satu perkongsian untuk anak-anak remaja yang tidak pernah melihat rupa buah keranji.
~berkongsi kisah buah keranji disini~
22 Comments
Asalamualaikum..yan suka makan buah ni..buah nie tahan bebulan bulan..kat area yan ..biasanya orang asli yg jual:-))
ReplyDeletewaalaikumsalam Yan, laa Yan suka rupanya..oklah memang tahan lama pun dah lama simpan cuma dah makin mengering isinya.
Deleteserius tak pernah makan buah keranji ni, hehehe..harap2 tak mengidam benda ni..sebab susah nak dpt
ReplyDeletemengidam ke aisyah, alahai tak yah mengidam buah ni sebab tak sedap pun haha :)
Deleteakak pernah makan dan pernah beli masa berkunjung ke Sarawak beberapa tahun lepas...
ReplyDeleteerm banyak terdapat di Sarawak kan AS :)
DeleteBuah zaman kak kecik2 dulu ni...sekarang susah nak jumpa jual kat mana2...kak suka juga yang dia orang salut ngan gula tu...makan dia rasa masam2 manis....
ReplyDeleteOo ada ye kak Mala bersalut gula, ana tak pernah jumpa pula selalu lihat yang mentah macam ni sahaja :)
Deletelama tak makan.. boleh laa rasanya..
ReplyDeletesuka juga ye izzeyda :)
Deletepernah dengar buah keranji tapi x pernah tengok rupa dia..thanks kak ana.. =)
ReplyDeleteTu lah Dayah, generasi muda sekarang payah nak jumpa buah-buah hutan sebegini :)
Deletek.ana,tak berapa suka bab macam masam2 cikit..ngee
ReplyDeletesamalah khaty kak ana pun tak berapa serasi dengan rasanya :(
Deletesedap ni aduhhh
ReplyDeletewah nor suka rupanya :)
Deletebuah keranji ni keras eh kak ana?
ReplyDeleteTak lah lembut je kulit dan isinya KC :)
Deletemcm ni rupanya buah keranji ye
ReplyDeletemacam tu lah rupanya CN haha :)
Deletesaya tkl suka yg dh masak.. saya suka yg muda.. sedapppppp
ReplyDeletekak ana tak suka dua2 sebab tak rasa apapun haha :)
Delete