Buah Keranji:

Sorong papan,tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Suruh makan dia makan
Suruh mengaji dia tak mahu

buah keranji
Lama dah tak jumpa dan makan buah keranji ni. Rasanya memanglah tak sedap mana pun cuma nak kenalkan dengan anak-anak yang tak pernah kenal dan melihat buah keranji yang sering dilagukan dalam pantun Melayu lama kita .


kredit foto: Google Image

Buah keranji ni sejenis buah hutan.Isinya seperti sponge yang lembut berwarna jingga atau oren.Biasa dimakan begitu sahaja.Pernah terbaca ia boleh mengurangkan kadar kolestrol dalam darah cuma tak pasti sangat sumber dan kebenarannya.Buah keranji ini ana perolehi dari adik sepupu yang membawanya dari Sarawak.Mungkin di sana dan beberapa tempat lain masih mudah untuk mendapatkan buah keranji.Apapun ia satu perkongsian untuk anak-anak remaja yang tidak pernah melihat rupa buah keranji.


~berkongsi kisah buah keranji disini~