Pos Malaysia Cawangan Serahan Mel-Rawang:

Beberapa hari lepas , mr posmen ada membunyikan hon depan rumah tapi tak sempat nak turun dan capai tudung dia dah berlalu pergi dan meninggalkan sekeping nota ada barang untuk dipungut di cawangan serahan mel.Ianya hadiah 'giveaway' anak ana dari Korea.Ana cuba menghubungi nombor yang diberikan namun jawapan dari pihak mel serahan agak mengecewakan.Dia menyuruh kami menghubungi semula pada keesokan pagi sebelum jam 9:00 pagi tanpa mengambil apa-apa track number dan sebagainya.Terus meletakkan telefon.Agak kurang profesional perkhidmatan yang diberikan .Ana mengambil keputusan untuk memungut sendiri parcel berkenaan di cawangan serahan mel pagi esoknya.

pos malaysia cawangan serahan mel rawang



Lokasi Pos Malaysia Cawangan Serahan Mel Rawang:



Pos Malaysia cawangan mel-Rawang terletak di alamat Jalan Perusahaan 3, Kawasan Perindustrian Batu 20, 48200 Rawang, Selangor. Jika kita dari bandar Rawang, ia berada selepas pusat servis Kia di simpang lampu isyarat sebelah kiri.

Waktu urusan ialah dari Isnin hingga Jumaat mulai jam 8:30 pagi hingga 5:30 petang.Tutup pada Sabtu, Ahad dan hari cuti umum.



Apapun amatlah diharapkan perkhidmatan di kaunter serahan lebih bersikap profesional kerana kerani yang bertugas amat tidak mesra pelanggan.Ucapan terima kasih pun tidak berjawab apakah lagi hendak senyum jauh sekali.Begitu juga dengan serahan dari posmen tunggulah seketika kerana kami kaum ibu khasnya untuk keluar ke pagar menerima surat atau bungkusan perlu mencapai kain tudung dan menutup aurat sebelum keluar ke pagar rumah.


~berkongsi info dan pengalaman disini~