Kuih Lompang @ Kuih Kasui:

 

resepi kuih kasui ,resepikuih lompang

Dari pagi hari ini hujan dan mendung sahaja, Alhamdulillah sejuk bumi Allah swt. Disebabkan tidak dapat melakukankan aktiviti di laman rumah, terasa rajin pula nak buat kuih tradisional resepi ibunda tengahari ni.Boleh juga dihidangkan bersama teh O panas petang nanti. Sambil membelek-belek kitab resepi dan bahan-bahan pun ada di dapur maka terhasillah menu tradisi kuih lompang atau di kampung halaman ana, Teluk Intan, kami panggil kuih kasui.

Kuih ini sangat mudah nak disediakan, memang itulah yang ana cari, resepi mudah dan cepat. Ana kongsikan disini resepi dan cara membuat kuih lompang atau kuih kasui .


Bahan-bahannya:

1 1/2 cwn tepung beras 
1 sudu mkn tepung ubi
1 sd kecil air kapur 
1/2 cwn gula pasir
1/2 cwn gula merah 
2 cwn air
daun pandan 
kelapa parut 
 secubit garam


 Cara penyediaannya:

-satukan gula pasir+ gula merah + 1 cwn air + daun pandan
-panaskan atas api perlahan
-sejukkan seketika
- tepung beras + tepung ubi + 1 cwn air + air kapur -di gaul sebati
-tuangkan gula tadi ke dalam adunan tepung dan tapis.
-masukkan ke dalamm acuan yg telah disapu sedikit minyak 
 -kukus hingga berlubang di bahagian tengah
-apabila masak, keluarkan dari acuan 
-gaulkan kelapa parut dengan secubit garam
-isikan kelapa parut ke bahagian tengah  kuih lompan
g @ kuih kasui
-sedia untuk hidangan petang


~berkongsi resepi kuih lompang @ kuih kasui disini~

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Bahan-bahan : 1 1/2 cawan tepung beras 1 sudu besar tepung ubi kayu 1 sudu kecil air kapur 1/2 cawan gula merah 1/2 cawan gula pasir 2 cawan air 3 helai daun pandan

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ