Tulisan Tangan dan Taip:

Sedang mengemas laci meja konsul di ruang tamu terjumpa pula beberapa helaian kertas yang dah semakin usang dan menguning.Inilah antara hasil penulisan ana ketika berada di tingkatan enam rendah suatu ketika yang silam.Pada masa itu kami menulis hanya dengan medium pena kaligrafi dan juga mesin taip.Erm kembali mengimbau nostalgia lama..


tulisan tangan kaligrafi




Tahun 1990-an kami menulis sajak, puisi, karya cerpen ataupun lain-lain bentuk penulisan menggunakan pen dan untuk diterbitkan pula menggunakan mesin taip.Lama dah tak jumpa mesin taip ni. Dah jadi bahan sejarah juga barangkali. Pen yang biasa ana gunakan bersama rakan-rakan ialah mata condong kaligrafi. Cantik sangat hasil tulisannnya.Mengikut kreativiti masing-masing.


tulisan mesin taip

Begitulah kesungguhan kami suatu masa dahulu, menaip atau menulis karya dengan tulisan tangan.Tidak seperti sekarang, semuanya canggih, boleh edit, boleh cantikkan, boleh preview dahulu, berbeza jika dahulu kalau salah kena padam, kena guna liquid paper dan sebagainya.

Namun pada masa itu, kami rajin menulis.Menghasilkan bait-bait puisi dan cerpen dengan penuh semangat.Walaupun berada di kelas Sains namun jiwa lebih kepada dunia Sastera. Mencurah rasa menerusi hasil pena. Dan sesuatu yang terindah bila mendapat hadiah puisi dari insan tersayang.Berbunga-bunga rasa didalam hati.

Puisi Kenangan Silam:

 


 Puisi ini hadiah dari seorang teman lama suatu masa dahulu.Terlalu istimewa bila dikenangkan kembali.Bait-bait yang mengungkapkan betapa istimewa kita buat dirinya sebagai seorang teman.Penulisnya entah ke mana menghilang, tanpa khabar berita.Namun penulisannya masih disini.Masih  bersama ana walaupun sudah sekian lama.Inilah indahnya dunia penulisan.

Ingatan akan terus bersemi, kenangan akan kekal di hati.Selagi masih tersimpan sebuah coretan nota hati.Tak seperti masa kini, mudah melafazkan mudah juga mendeletenya. Penulisan tidak akan terdelete, namun akan hilang di arus masa.Kenangan tetap kenangan menjadi peneman di kala kesepian.


~berkongsi nostalgia disini~