Tulisan Tangan dan Taip:

Sedang mengemas laci meja konsul di ruang tamu terjumpa pula beberapa helaian kertas yang dah semakin usang dan menguning.Inilah antara hasil penulisan ana ketika berada di tingkatan enam rendah suatu ketika yang silam.Pada masa itu kami menulis hanya dengan medium pena kaligrafi dan juga mesin taip.Erm kembali mengimbau nostalgia lama..


tulisan tangan kaligrafi




Tahun 1990-an kami menulis sajak, puisi, karya cerpen ataupun lain-lain bentuk penulisan menggunakan pen dan untuk diterbitkan pula menggunakan mesin taip.Lama dah tak jumpa mesin taip ni. Dah jadi bahan sejarah juga barangkali. Pen yang biasa ana gunakan bersama rakan-rakan ialah mata condong kaligrafi. Cantik sangat hasil tulisannnya.Mengikut kreativiti masing-masing.


tulisan mesin taip

Begitulah kesungguhan kami suatu masa dahulu, menaip atau menulis karya dengan tulisan tangan.Tidak seperti sekarang, semuanya canggih, boleh edit, boleh cantikkan, boleh preview dahulu, berbeza jika dahulu kalau salah kena padam, kena guna liquid paper dan sebagainya.

Namun pada masa itu, kami rajin menulis.Menghasilkan bait-bait puisi dan cerpen dengan penuh semangat.Walaupun berada di kelas Sains namun jiwa lebih kepada dunia Sastera. Mencurah rasa menerusi hasil pena. Dan sesuatu yang terindah bila mendapat hadiah puisi dari insan tersayang.Berbunga-bunga rasa didalam hati.

Puisi Kenangan Silam:

 


 Puisi ini hadiah dari seorang teman lama suatu masa dahulu.Terlalu istimewa bila dikenangkan kembali.Bait-bait yang mengungkapkan betapa istimewa kita buat dirinya sebagai seorang teman.Penulisnya entah ke mana menghilang, tanpa khabar berita.Namun penulisannya masih disini.Masih  bersama ana walaupun sudah sekian lama.Inilah indahnya dunia penulisan.

Ingatan akan terus bersemi, kenangan akan kekal di hati.Selagi masih tersimpan sebuah coretan nota hati.Tak seperti masa kini, mudah melafazkan mudah juga mendeletenya. Penulisan tidak akan terdelete, namun akan hilang di arus masa.Kenangan tetap kenangan menjadi peneman di kala kesepian.


~berkongsi nostalgia disini~


46 Comments

  1. sentimental kalau masuk bab2 kenangan lama =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan Dayah sesekali mengimbas kenangan lama :)

      Delete
  2. Kenangan lama yang pasti mengusik jiwa :)

    ReplyDelete
  3. wahh nostalgia betul kan... patutlah tulisan kak ana disini sedap je dibaca.. puitis je...

    ReplyDelete
  4. k.ana puitis orang nya ya..cantiknya tulisan,susah tue nak buat sekemas tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu je khaty, laa ni tak dah.. nak tulis pun dah malas asyik taip di keyboard je kan hehe :)

      Delete
  5. Replies
    1. tu dulu azie..zaman remaja kita dulu2 hehe :)

      Delete
  6. wauu...terkadang saya rasa mcm teringin bersastera jugak.tapi tidaklah bagus..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja CikSiti, cuma nak mulakan tu agak payah, bila dah mula ok dah nanti..:)

      Delete
  7. lawa tulisan..nostalgia yg sentimental..gituhh :) :)

    ReplyDelete
  8. wahh.. seronoknya bersastera , malangnya saya tak reti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angah lahir dalam era yang berbeza, dunia yang serba baru, :)

      Delete
  9. salam kak ana. saya dah follow akak.
    waktu remaja mmg susah untuk dilupakan. Kadang2 kita terfikir untuk kembali remaja semula kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. andai dapat ku undurkan masa ye Salmiah MZ hehe :) tq so much ye :)

      Delete
  10. kenangan manis gitu kan, lama dah tak tengok tulisan tangan yg cantik macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak noor, terjumpa dan abadikannya disini sebagai kenang-kenangan :)

      Delete
  11. Sesekali seronok mengimbau kenangan lamakan Ana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha sesekali KY, ni sebab ana terjumpa semula nota2 silam hehe :)

      Delete
  12. gitew jiwa puitis. ana buat la novel. mesti letup. untung2 jadi adaptasi ke drama. haha Jom baca entri terbaru :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dah kering idea dah Ajeem :) cerpen pernah lah dulu-dulu tu .

      Delete
  13. Sentimental valuekan kak Ana

    ReplyDelete
  14. wah kak ana. malu plk aina dgn kak ana. penulisan aina xsepuitis ni. xpndai >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. janganlah aina, ni penulisan era-era klasik dah, aina penuh dengan idea yang segar-segar, teruskan menulis kay sayangku aina :)

      Delete
  15. terimgin pulak nak baca cerpen kak Ana..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha janganlah DR, segan dah lama punya kisah tu :)

      Delete
  16. hanya tangan tangan seni saja boleh buat. Sempat merasa saat indah itu..tulisan khat pon gunakan mata pena condong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm PCL saat indah bermadah puitis ye.. :)

      Delete
  17. ni koleksi rare kak Ana sila liminated n frame

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Bonde, In Shaa Allah kak ana simpan nanti.

      Delete
  18. kreatif orang zaman dulu dulu ( tak ada lah dulu sangat) , nampak sangat teknologi yang dah conquer hidup kita

    ReplyDelete
  19. woww..!! budak kelas Sains tapi minat Sastera.... ermmm.. kak ana kena teruskan minat tu.. insyaAllah karya kak ana pasti akan dihargai.... :)

    ReplyDelete
  20. kemas je nampaknye.. anis suke jugak berpuisi tapi ilmu xhbis tuntut..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu dulu aniss, laa ni mmg dah berkarat dah :)

      Delete
  21. dulu saya cukup tak suka puisi...macam tak boleh blah.tapi cikgu wajibkan satu kelas masuk pertandingan puisi, pastu saya dpt nombor dua..saya pun "what the heck aku nombor 2?"

    ReplyDelete
  22. Cantiknya tulisan akak. Macam mana nak belajar Tulisan lawa macam tu. Berminat =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah tak pandai dah sekarang ni Natra Ismail, ni zaman kak ana sekolah dulu guna pen caligrafi mata condong tu :)

      Delete