Wajah MacGyver Sekarang:

Sekitar tahun 1980-an, salah satu siri tv kegemaran ramai masa itu ialah siri MacGyver lakonan Richard Dean Anderson.Ianya berkisar tentang kebijaksanaan seorang hero menyelesaikan setiap kes dan masalah dengan kemahirannya menggunakan apa-apa alatan yang ada disekitarnya sahaja.Segala masalah dapat di atasinya tanpa memerlukan sebarang gajet namun cukup sekadar kepintaran.


siri tv macgyver


Namun kini setelah hampir tiga puluh tahun berlalu, hero MacGyver, Richard Dean Anderson pasti telah semakin di mamah usia.Begitulah kitaran kehidupan kita sebagai manusia suatu hari nanti yang muda,segak, lawa  pasti juga akan berusia dipenghujung kehidupan.Inilah wajah Richard Dean Anderson sekarang.



Sekarang beliau telah berusia 65 tahun.Menetap di Malibu , seorang duda bersama anak gadisnya Wylie Anderson berusia 16 tahun.Selain dari siri MacGyver, Richard Dean Anderson juga pernah membintangi siri Stargate SG sebagai Lieutenant General Jack O'Neill.




kredit sumber dari : https://nz.entertainment.yahoo.com/celebrity/news/a/27378803/this-is-what-macgyver-star-richard-dean-anderson-looks-like-today/