Whatsapp nak kena caj?

Semalam ana terima dari group Whatsapp yang berkongsi kisah bahawa tak lama lagi applikasi whatsapp akan dikenakan caj atau bayaran.Namun seperti biasa ianya adalah perkongsian yang tidak dari sumber rasmi. Perkongsian yang di bawa dari group ke group. Cuma disini yang dapat ana kongsikan ialah kita boleh menyemak tarikh luput perkhidmatan whatsapp dan di bawahnya tertera jumlah bayaran yang bakal di kenakan.

Cara nak semak tarikh luput whatsapp dan kadar bayaran:

 

bayaran whatsapp



1.Pergi ke aplikasi whatsapp dan masuk ke setting - account.


bayaran whatsapp


2.Dari account - payment info.



3. Disini kita akan dimaklumkan tarikh lupus dan jumlah caj yang akan di kenakan untuk meneruskan perkhidmatan.

Namun ana tidak pasti kaedah pembayaran yang bakal dibuat bagaimana. Mungkin sedikit masa lagi pihak Whatsapp akan mengumumkannya atau mengesahkan perkara ini. Ini kerana sebelum ini pun pernah diwar-warkan tentang bayaran caj kepada perkhidmatan whatsaap cuma sehingga ke saat ini ia masih percuma.Kadar bayaran pun memang rendah , hanya RM3.50 untuk setahun. Kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti bagaimana...