Apabila kita menulis entri blog pastinya sebagai penulis kita ingin menyampaikan sesuatu kepada pembaca.Dan pengunjung blog pula ada dua kategori yang ana ketahui selama pengalaman berblog.Satu dari pengunjung setia iaitu di kalangan follower, dan satu lagi dari mereka yang singgah dari carian enjin untuk mendapatkan maklumat atau info.Dan sebagai penulis blog pastinya bila perkongsian kita sampai kepada pencari adalah sesuatu yang sangat mengembirakan.



Dalam seminggu dua ni antara carian dari keywords search yang melekat ke blog Anajingga ialah yang berkaitan dengan kemasukkan pelajar ke IPTA. Ini kerana sebelum ini ana seringkali berkongsi info-info dari pengalaman ana menghantar anak ke UiTM tahun lepas.Antara yang pernah ana kongsikan ialah berkaitan medical check-up, barang-barang keperluan ke IPT, kampus UiTM Tapah, kampus UiTM Kuala Pilah dan sebagainya.

Disamping itu beberapa informasi lain yang turut ana kongsikan juga mendapat maklum balas dari pengunjung blog.Ada yang meninggalkan ucapan di ruang komen dan ada juga yang email dan pm di FB.Alhamdulillah.

Dan menerusi perkongsian ana , semoga dapat memberi sedikit sebanyak maklumat berkaitan untuk mereka yang mencari informasi.Untuk mempastikan perkongsian kita sampai dan berada di carian enjin, ketika menulis entri, pastikan menggunakan teknik SEO blog supaya berada di muka pertama carian.In Shaa Allah.

Lebih rasa gembira lagi apabila menerima ucapan-ucapan terima kasih dari mereka yang telahpun memperolehi maklumat daripada entri-entri kita.Ini membakar semangat untuk terus menulis dan berkongsi pengalaman menerusi blog.Semoga sumbangan kita  yang kecil ini mendapat ganjaran pahala dariNya jua.In Shaa Allah.