ASTAKA MOROCCO PUTRAJAYA

Sementara kak long sedang cuti sem ni, seronoklah bawa anak-anak makan angin hujung-hujung minggu.Bila tanya nak ke mana, dua beradik ni jawab tempat yang tak pernah pergi lah ibu.Anak-anak ana ni pula memang suka bergambar, jadi teringat beberapa rakan blogger pernah upload di Instagram berlatar belakangkan seni bina Morocco, dan selepas mencari maklumat di internet terjawablah lokasinya di Astaka Morocco,Putrajaya.

astaka morocco, putrajaya


Lokasi Astaka Morocco,Putrajaya

Astaka Morocco terletak di sekitar Taman Botani ,Presint 1, Putrajaya.Kami ke sana menggunakan GPS kerana memang dah jadi kelaziman setiap kali ke Putrajaya, wajib sesat.Setiap kali ke sana pasti jalan datang dan jalan balik adalah berbeza.Mungkin kerana jarang-jarang ke Putrajaya.Namun dengan khidmat GPS memudahkan perjalanan dan menjimatkan masa.

Di Astaka Morocco, memang terdapat banyak ruang parkir disedia dan ia adalah percuma.Cuma untuk masuk ke ruang istana Morocco dikenakan bayaran RM3 dan perlu membeli tiket di kaunter di kawasan Taman Botani.Ana tidak membeli tiket dan hanya mengambil gambar bersama anak-anak disekitar kawasan luar Astaka Morocco sahaja.Iapun sudah memadai kerana rekabentuk lanskapnya sangat cantik dan bercirikan senibina Morocco.

Jom kita lihat beberapa foto yang sempat ana rakamkan disekitar kawasan luar Astaka Morocco di Putrajaya.Semoga dapat memberikan serba sedikit gambaran bagi yang belum pernah ke sana.


astaka morocco,putrajaya


astaka morocco


astaka morocco


astaka morocco


astaka morocco


astaka morocco




astaka morocco


astaka morocco




Semoga sedikit info dari ana dapat memberikan gambaran tentang satu lagi tempat menarik yang ada di sekitar kawasan Putrajaya yang sememangnya dikelilingi lanskap-lanskap yang indah.

~berkongsi info Astana Morocco disini~