Balik kampung kali ini memang sarat dengan pelbagai aktiviti.Ana bertolak lepas solat Jumaat dan sampai petang ke kampung.Buat masa ni, rumah adik yang didiami mak dan abah sedang berlaku proses ubah suai. Adik ipar menambah dan membesarkan ruang dapur supaya lebih selesa.Sibuk juga menolong mak mengemas semula barang-barang dapur yang berselerak.Apalah daya kudrat seorang mak dan abah yang telah melewati usia 70 tahun lebih.

Esoknya hari Sabtu, kami ke Seri Iskandar pula.Adik sepupu masuk rumah baru dan mengadakan majlis tahlil sempena kedatangan Ramadan sekali. Macam biasa , abah di minta untuk membacakan doa.Selesai majlis, bergegas ke Tapah untuk Kak Long mendaftar bilik di kolej kediamannya di Uitm Tapah.Alhamdulillah masih dapat bilik untuk berdua dan tinggal bersama Anis, roommate yang sama.

Ahad pagi kami harus bertolak balik ke Rawang kerana suami ana di kehendaki bekerja atas urusan rasmi.Pagi-pagi Ahad tu ana terus ke bandar Teluk Intan untuk bergambar bersama T-shirt kesayangan di hadapan Menara Condong ,Teluk Intan. Kenapa wajib bergambar di sana ?



Ermmm kerana ada kesinambungan antara Menara Condong, Teluk Intan dan T-shirt EFG ni. Apakah ia? Kerana kedua-duanya adalah kebanggaan dan kesayangan ana. Menara Condong adalah rentetan kehidupan ana.Sepanjang usia ini, tak pernah jemu dan sentiasa di hati dengan tersergam indahnya Menara Condong.Banyak kisah, banyak kenangan terpahat disepanjang catatan perjalanan usia disini. Selagi hayat di kandung badan, selagi itulah Menara Condong, Teluk Intan harum subur di hati.

T-shirt EFG pula, kerana ia tercetaknya url blog kebanggaaan dan kesayangan ana juga. Exchange Feed Group juga adalah kebanggaan dan kesayangan ana.Keluarga besar kami semakin hari semakin menapak ke hadapan.Banyak yang kami kongsikan di EFG. Pelbagai cabaran dan ujian telah kami hadapi bersama.


T-shirt anajingga

Kerana itu berkobar-kobar juga pagi itu, ana ke Menara Condong, Teluk Intan untuk mengabadikan gambar di sana dengan T-shirt EFG.Cuma agak terkilan kerana pemandangan ketika itu tidak menarik kerana terdapat deretan khemah jualan sempena Pesta Kraftangan Perak yang sedang berlangsung di dataran Menara Condong. Tidak dapat mengambil gambar dari sudut yang menarik. Maka ana collage kan sahaja gambar tersebut agar kelihatan struktur Menara Condong kesayangan ana ni.

T-shirt EFG amat istimewa pada ana. Tertera di hadapannya ialah logo EFG dengan #bukansembangkosong yang menjadi moto kami di EFG.Dan yang paling istimewa lagi terteranya url blog kesayangan dan cinta hati ana www.anajingga.com . Semoga EFG akan terus maju ke hadapan dan meneruskan perkongsian kami, semoga www.anajingga.com akan terus berkongsi yang baik-baik untuk manfaat kepada orang lain dan semoga Menara Condong akan terus menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk Hilir Perak selamanya.Aamin.


12 Comments

  1. tahniah... dah ada t-shirt sendiri :)

    ReplyDelete
  2. aduhhh..kaka ana, org yg duduk t. intan pun tak sempat lg bergambar dgn Tshirt EFG depan menara condong...awesome lah kak ana....

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha dia memang macam tu Efa, lagi dekat lagi tak pi dah menara nak berposing2 yang balik sesekali ni teruja lebih kan :)

      Delete
  3. Wah jauhnya #EFG tu dibawa kak ana...
    Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. CC bawa balik kampung kenal sanak saudara haha :)

      Delete
  4. Tak pernah lagi sampai menara condong....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom Suzie makan angin ke Teluk Intan lak pas ni :)

      Delete