Nostalgia Kad Hari Raya 

 



Di Pagi Aidil Fitri -Rosmaria

Kau kirimkan sekeping kad ucapan
Bagai pengganti diri engkau tiada di sisi
Kutatapi azimat yang bererti
Penawar hati pemikat janji

Dikau tiada kini
Daku bersendiri menunggu merindu
Tak tertahan air mata
Membasahi di pipi di pagi aidil fitri
Kusedari tak harus ku berduka
Di hari raya hari bahagia
Apalah daya kutelah mencuba
Namun kepiluan menguasai jiwa

 Bila terpandang kad hari raya, maka terdengar sayup-sayup alunan lagu raya nyanyian Rosmaria di atas. Wah sinonim pula kan.Sebenarnya kad hari raya ni memang satu daripada kenangan indah ketika ana di zaman sekolah dahulu. Memandangkan sekolah ana merupakan sekolah aliran Inggeris dan kebanyakkan murid-murid pula terdiri daripada bukan Melayu, setiap kali tiba bulan puasa dan menjelang hari raya, pasti ana banyak menerima kad ucapan hari raya dari kawan-kawan.Itu tak termasuk 'secret admire' lagi. Haha..

Dan pastinyalah seronok bila berpuluh kad ucapan hari raya yang diterima itu , ana jadikan hiasan dengan menggantungkannya di dinding rumah pada rernting kering.Nostalgia sungguh.Pasti kita ingat dengan pantun dua kerat yang sinonim dengan kad ucapan hari raya iaitu: pecah kaca pecah gelas,sudah baca harap balas.

Namun tahun ini, ana ingin mengembalikan nosalgia kad hari raya dengan mengirimkan beberapa keping kad untuk adik-adik EFGiers tersayang dan juga sahabat-sahabat blogger yang lain.Berkobar-kobar rasanya ketika membeli kad hari raya, kemudian ke pejabat pos untuk mengirimkannya. Harga setem untuk pengeposan kad raya tahun ini ialah 50 sen sekeping. Dan pagi semalam 12 Ramadan, telah ana masukkan ke dalam peti pos di Pejabat Pos Aeon Anggun,Rawang. Harap-haraplah akan sampai ke tangan penerima dalam sehari dua lagi.

Sebenarnya pada ana, kiriman kad ucapan hari raya ini lagi dekat dan bererti dari kiriman ucapan melalui aplikasi moden yang lain.Ia boleh di simpan dan dijadikan kenang-kenangan sampai bila-bila. Namun dunia makin canggih, segalanya dihujung jari, dan mungkin kah mudahnya komunikasi antara insan yang cepat dan pantas itulah juga kesannya pada perhubungan manusia kini yang cepat dan pantas juga berakhir.Semudah men'delete' mesej, semudah itulah juga luput dari ingatan seseorang.

Alhamdulillah, di kalangan dunia blogger kini, ana lihat satu perkembangan positif bila ramai di antara rakan-rakan blogger yang kembali menghidupkan budaya kad ucapan hari raya .Ada yang dengan budjet lebih menempah kad-kad ucapan sendiri untuk di kirimkan kepada rakan-rakan.Sesuatu yang amat positif bagi ana. Apapun tak salah kita kembalikan era kegemilangan kad-kad ucapan Aidil Fitri supaya 'mood' raya akan lebih dirasai.In Shaa Allah.