Resepi Masak Lemak Umbut Kelapa 

 


Pernah rasa? Pernah makan tak satu lagi masakan resepi ibunda yang ana nak kongsikan kali ini, masak lemak umbut kelapa. Kalau yang biasa di lahirkan dan di besarkan di kampung pastinya tahu dan pernah menikmati hidangan yang lazat ni. Bagi generasi muda rasanya mungkin agak janggal dengan makanan sebegini.


Umbut kelapa ni, ana perolehi ketika beberapa pekerja kontrak pengubah suai rumah menebang sebatang pokok kelapa di hadapan rumah mak beberapa minggu lepas. Selepas menebang pokok kelapa tersebut, mak dan abah membelah bahagian hujung pokok kelapa dan mengambil umbut yang ada di dalam batangnya.Dibersihkan dan di potong kecil-kecil.Enak juga di makan begitu sahaja.Dan lagi sedap jika di masak lemak putih bersama udang.


Umbut Kelapa

Resepi masak lemak umbut kelapa


Seperti memasak lemak putih yang biasa, antara bahan yang diperlukan ialah pastinya umbut kelapa, santan, cili padi, bawang merah dalam dua ulas, ikan bilis atau pun udang putih kecil sebagai bahan perencah dan garam sebagai perasa.

Cara-caranya juga sama dan mudah. Tumbuk lumat bawang merah dan cili padi. Masukkan umbut kelapa yang  telah di bersihkan dan di potong kecil-kecil, satukan bersama bahan perencah sama ada udang atau ikan bilis, masukkan santan dan tambah garam sebagai bahan perasa. Kacau di atas api perlahan sehingga mendidih. Rasanya lemak manis dan sedaplah bagi selera ana sekeluarga. 

Selamat Mencuba.



26 Comments

  1. tak pernah makan lg huhu...selamat berpuasa sis :)

    ReplyDelete
  2. pernah makan bila ada kenduri besar besaran,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah Mar selalunya menu time kenduri kan :)

      Delete
  3. tak pernah makan lagi umbut kelapa,tapi memang nampak sedap

    ReplyDelete
  4. Salam.. FIL Cikla feveret Masak lemak umbut ni... Cikla makan jugak tapi xdelah feveret sangat. Rasanya lemak2 manis kn Kak Ana... ☺️

    ReplyDelete
  5. buat dayah lapar jer kak ana ni..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni makan dengan pekasam pun sedap kan Dayah :)

      Delete
  6. Salam kak ana...SA selalu jumpa resepi ni kalau ada kenduri kawen..lawan ngan ikan masin or sambal belacan kan? SA x keh mkn sbb semput

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah SA, yelah kalau semput tak sesuai juga ada yang kata angin kan makan umbut, rebung semua ni, Waallahu a'lam

      Delete
  7. salams ramadhan akak...cantiknya blog akak:)
    sedap umbut kelapa.....pernah makan zaman kecik2 dulu.....nostalgia

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan Mieja, biasa je Mieja kak ana cuma tukar header dan template putih je hihi.. :)

      Delete
  8. xpernah mkn umbut kelapa ni,even sy org kampung.mgkin mknn ni jarang kt klantan kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu menu kelantan buat dalam gulai kawah kan...atau tu menu pahang kak ana tak pasti athiqi :)

      Delete
  9. Lamanya x makan.. bebrbelas tahun rasanyaa..sedappp

    ReplyDelete
  10. Sealamat berpuasa Ana. selalunya ditempat kak dibuat kerabu umbut kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa buat kak mala juga, Oo tak pernah lagi ana dengar kerabu umbut ni kak..mungkin sedap jugalah sebabnya di makan mentah pun dah sedap.

      Delete
  11. Fuyooo nampsk sodapppni ksk ana..lya tak penah rasa lagi

    ReplyDelete
  12. hm..xpnh mkan..sedap ke kak anna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ummul , lemak manis macam rebung lah lebih kurang rasanya.

      Delete
  13. Sedap sangat kalau tengok skrg ni..ehehe

    ReplyDelete