Kenangan Terawih Zaman Kanak-kanak



Zaman kanak-kanak semuanya indah kan, yang ada dalam ingatan hanya nak main sahaja. Orang solat terawih pun kita fikir nak main juga. Tak banyak sebenarnya kisah zaman kanak-kanak ana dengan solat Terawih. 

Jarak surau dengan rumah agak jauh, jadi memang jarang mengikut arwah tok dan abah ke surau untuk solat Terawih.Maklumlah mereka pergi pun dengan motor sahaja, mana nak tumpang.Yang paling ingat ialah ketika rumah kami mengadakan moreh. Masa tu memang sibuk lah nak sediakan juadah untuk di bawa ke surau sempena moreh.

Bila balik dari Terawih memang jalan yang di lalui agak gelap.Teringat jugalah arwah tok selalu menggunakan lampu suluh untuk menerangi jalan.Surau papan di kampung dahulu mempunyai sebuah kerantung yang dibuat daripada kayu.Bilal atau imam akan memukul kerantung apabila masuk waktu solat.Begitu juga untuk berbuka puasa, bila kedengaran kerantung barulah kami akan berbuka.

Tak banyak yang dapat ana kongsikan kenangan terawih ketika zaman kanak-kanak ini.In Shaa Allah, esok kita sambung dengan cabaran hari ke sepuluh pula.

9 Comments

  1. Fuhh rajin betul korang main #cabaran20hari ni ye ... :) macam2 cerita keluar .. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha HH, seronok mencabar diri ni, walaupun terpaksa menggagahkan diri. Banyak kenangan dapat kami kongsikan, :)

      Delete
  2. Kerantung tu ape k.ana....best kn zamn budk2...sha dlu jenuh nunggu kekwn smpi umh..sebb umh sha plg last tmpt bkumpul sblum jln kaki reramai g msjid..bwk lmpu suluh memasing..riuh duk main ngusik2 dlm gelap...luas je mata sebb takut..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerantung tu kayu yang tergantung kemudian akan di palu oleh tok bilal bila masuknya waktu solat Sha, sekarang dah tak ada kecuali di surau-surau kampung. :)

      Delete
  3. rumah yoorin kat kampung memg rumah betul2 belakg tandas masjid.. haha..nak kena piat telinga kalau tak pegi.. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo yoorin, dekat sangat dah tu, memang wajib le pergi kan hihi :)

      Delete
  4. memori sangat kan k.ana waktu kecik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu khaty, segalanya masih segar di ingatan :)

      Delete
  5. Zaman kak dulu kala pi terawih nak makan more je...tapi dulu terawih kat surau budak2 pompuan tak pi pun. Orang perempuan pun jarang amat, yang pi pun cuma yang tua2 betul..sekarang semua umur pergi...

    ReplyDelete