Kenangan Terawih Zaman Kanak-kanak



Zaman kanak-kanak semuanya indah kan, yang ada dalam ingatan hanya nak main sahaja. Orang solat terawih pun kita fikir nak main juga. Tak banyak sebenarnya kisah zaman kanak-kanak ana dengan solat Terawih. 

Jarak surau dengan rumah agak jauh, jadi memang jarang mengikut arwah tok dan abah ke surau untuk solat Terawih.Maklumlah mereka pergi pun dengan motor sahaja, mana nak tumpang.Yang paling ingat ialah ketika rumah kami mengadakan moreh. Masa tu memang sibuk lah nak sediakan juadah untuk di bawa ke surau sempena moreh.

Bila balik dari Terawih memang jalan yang di lalui agak gelap.Teringat jugalah arwah tok selalu menggunakan lampu suluh untuk menerangi jalan.Surau papan di kampung dahulu mempunyai sebuah kerantung yang dibuat daripada kayu.Bilal atau imam akan memukul kerantung apabila masuk waktu solat.Begitu juga untuk berbuka puasa, bila kedengaran kerantung barulah kami akan berbuka.

Tak banyak yang dapat ana kongsikan kenangan terawih ketika zaman kanak-kanak ini.In Shaa Allah, esok kita sambung dengan cabaran hari ke sepuluh pula.