Kuih Raya Paling Best: Kuih Semperit

 

kredit foto: ash-adn.blogspot.com

Kenal tak kuih di atas? Itulah kuih samperit namanya atau ada juga yang panggil kuih dahlia.Ini adalah salah satu daripada kuih paling best yang ana suka ketika hadirnya fajar Syawal. Biskut samperit ini sangat sedap dan lembut sahaja seolah-olah cair dalam mulut bila kita memakannya.

Resepi kuih semperit:

  • Buttercup – 375g (1 ½ blok )
  • Tepung gandum – 1 ½ cawan
  • Tepung kastard – 1cawan
  • Teung jagung – 2 ½ cawan
  • Kuning telur – 3 biji
  • Esen vanilla – 1 sudu kecil
  • Gula – 1 1/2 cawan 
 

Cara membuat kuih semperit:

  • Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius
  • Ayak tepung jagung, kastard, gandum supaya tepung tidak berbiji.
  • Pukul mentega dan gula (tidak perlu sampai kembang )
  • Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Kacau rata menggunakan spatula atau senduk.
  • Masukkan campuran tepung ke dalam campuran di atas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut menggunakan tangan.
  • Masukkan ke dalam acuan semperit dan tekan sepnjang 4 cm di atas dulang pembakar ataupun     mengikut kreativiti masing-masing.
  • Bakar di dalam ketuhar bersuhu yang diberikan diatas selama 15 hingga 20 minit.
  • Sejukkan dan siap untuk dihidang dan simpan dalam bekas kedap udara.
kredit resepi dari :  http://cikmatahariku.blogspot.com

Acuan kuih semperit:

Kuih semperit dihasilkan dengan menggunakan acuan tekan berbentuk bunga dan di hias di tengah-tengahnya dengan potongan ceri berwarna merah yang menaikkan seri kuih ini.

kredit foto: haidarifqi.blogspot.com

10 Comments