Ayam Penyet AP Yang Enak
Ayam Penyet AP di Aeon Rawang
Ahad lepas ana, suami dan adik Ika tak tahu dah nak pergi ke mana untuk makan angin,biasalah kalau kak long tak ada, mood nak merayap ni kurang sangatlah,sebab tak cukup anggota keluarga kan.Akhirnya kami cuma ke Aeon Rawang untuk makan tengahari kerana ana memang bercadang untuk mencuba menu di Ayam Penyet AP yang baru buka cawangannya disini.
Terletak di aras bawah atau ground floor di Aeon Anggun,Rawang ni dengan seni hiasan deko ala-ala kampun yang menarik.Tengahari itu kami mencuba set menu yang ditawarkan berharga RM13.90 kalau tidak silap ana, lupa pula harga sebenarnya.Set mengadungi nasi putih,ayam penyet atau apa-apa menu pilihan yang diberi, sambal,ulam-ulaman,sup dan segelas air pilihan yang ada.Ana memilih ayam penyet dan teh o ais limau.Selain dari ayam penyet boleh juga memilih udang penyet, lele penyet dan pelbagai lagi pilihan yang ada disana.
Hidangan menu yang disajikan disini sangat sedap. isi ayam yang garing tetapi lembut dan padanan sambal yang lazat untuk dinikmati bersama ulam-ulaman dan nasi putih.Berbaloi dengan set harga yang di tawarkan.
kredit foto FB AP Ayam Penyet |
Untuk mereka yang berdekatan dengan kawasan Aeon Rawang ni atau pada yang ingin mencuba menu-menu baru untuk makan tengahari atau malam bolehlah singgah di mana-mana cawangan Ayam Penyet Ap diserata tempat.Untuk keterangan lanjut boleg sahaja ke laman web :http://www.ayampenyet-ap.com/ atau FB : https://www.facebook.com/AyamPenyetAPI
~berkongsi tempat makan menarik disini~
35 Comments
Kak ana, lele penyet tu apa? ad kena mengena dengan lela ke?hehe
ReplyDeleteLele tu ikan keli lah hahahaha budak along ni
Deletelele tu ikan keli along, marah lela sat gi haha :)
Deleteaaa..lama tak makan ayam penyet AP!!
ReplyDeleteselalu makan ye Yoorin, kak ana ayam penyet ni selalu tapi hat ni first time cuba,sedap kan :)
Deletemakan panas panas..waw sedapnya..tak makan nasi pun tak apa..ratah ayam dengan ulaman dia je..amboi..
ReplyDeletekan PC ayamnya yang sedap tu lembut isi tapi garing serbuknya tu :)
Deletedh lama nak cuba.. selalu lalu je mcm depan kedai heheheh
ReplyDeleteeny buat sendiri pun boleh tu kan kan :)
Deletetengok pun dah terliur.. mesti sedap kan kak...
ReplyDeleteenak sekali rasanya SN hihi :)
Deletewah ayam penyet gitu :)
ReplyDeleteber ayam penyet pula hari ni Suki haha :)
Deleteassalamualaikum ana...selamat menjamu selera yer...:)
ReplyDeletewaalaikumsalam mama..lama dah ni hihi :)
DeleteSha pernah pg cwgan Ayam Penyet AP kat sri gombak. Best. Sambal pedas gilos
ReplyDeletehaah Sha sambalnya agak pedas sedap lah kan :)
Deletesedapnye..lama xmkn..nk juge..kak anna blanje...hehehe
ReplyDeletejom ummul kita makan ayam penyet lak nak :)
Deleteummul kilk2 nuffnang kak anna juga..
ReplyDeletetq tq :)
DeleteAssalamualaikum. Nasi ayam penyet best dimakan time-time panas. Tengok gambar pun rasa terliur dah ni. Hehe
ReplyDeleteJemput singgah ke blog saya, VitaminSuci. Saya dah add link blog awak di bloglist saya. Terima kasih.
kan sedap makan panas-panas kan.. tq nur hifzan :)
Deletedh lama xmkn ayam penyet
ReplyDeletejom ziana kita cari ayam penyet hari ni :)
Deleteok.. cik en kurg minat sbb kosong.. kering je.. hehehe
ReplyDeleteada sup dihidangkan bersama cik en :)
Deleteayam penyet is my favourite.. sooo yummy
ReplyDeletemee too DP :)
DeleteSedapnya ayam penyet... baru juga mkn ni... kat kl festival.. hehehe
ReplyDeletesedap kan Nora, banyak dah outletnya sekarang ni macam-macam ayam penyet ada kan :)
Deleteaida lom pernah makan kat sini lagi.
ReplyDeletekat tesco melaka ada outlet nyer.
bolehlah cuba nanti aida :)
Deleteain dengan Pokchik pun suka ayam penyet.....!!
ReplyDeleteyeaaayyyy... dua tiga minggu sekali mesti gi makan ayam penyet... :)
hamboi pelanggan tetap ayam penyet lah ye ain :)
Delete