Ayam Penyet AP di Aeon Rawang

 


Ahad lepas ana, suami dan adik Ika tak tahu dah nak pergi ke mana untuk makan angin,biasalah kalau kak long tak ada, mood nak merayap ni kurang sangatlah,sebab tak cukup anggota keluarga kan.Akhirnya kami cuma ke Aeon Rawang untuk makan tengahari kerana ana memang bercadang untuk mencuba menu di Ayam Penyet AP yang baru buka cawangannya disini.


Terletak di aras bawah atau ground floor di Aeon Anggun,Rawang ni dengan seni hiasan deko ala-ala kampun yang menarik.Tengahari itu kami mencuba set menu yang ditawarkan berharga RM13.90 kalau tidak silap ana, lupa pula harga sebenarnya.Set mengadungi nasi putih,ayam penyet atau apa-apa menu pilihan yang diberi, sambal,ulam-ulaman,sup dan segelas air pilihan yang ada.Ana memilih ayam penyet dan teh o ais limau.Selain dari ayam penyet boleh juga memilih udang penyet, lele penyet dan pelbagai lagi pilihan yang ada disana.



Hidangan menu yang disajikan disini sangat sedap. isi ayam yang garing tetapi lembut dan padanan sambal yang lazat untuk dinikmati bersama ulam-ulaman dan nasi putih.Berbaloi dengan set harga yang di tawarkan.






kredit foto FB AP Ayam Penyet

Untuk mereka yang berdekatan dengan kawasan Aeon Rawang ni atau pada yang ingin mencuba menu-menu baru untuk makan tengahari atau malam bolehlah singgah di mana-mana cawangan Ayam Penyet Ap diserata tempat.Untuk keterangan lanjut boleg sahaja ke laman web :http://www.ayampenyet-ap.com/ atau FB : https://www.facebook.com/AyamPenyetAPI


~berkongsi tempat makan menarik disini~