Di Tepian Sungai Perak, Teluk Intan
Teluk Intan ni macam-macam ada.Bertuah sungguh kerana ana merupakan anak jati Teluk Intan, dilahirkan dan dibesarkan disini.Baik makanan yang sedap-sedap, hinggalah tempat-tempat yang menarik penuh nostalgia ada disini.Bukan sekadar Menara Condongnya yang sangat popular tu, terdapat beberapa lagi tempat lepak dan aktiviti riadah yang ada.Salah satu yang tak kurang sinonim dengan bandar Teluk Intan ialah mengail udang galah di Sungai Perak.Dan pagi itu, ana dan suami sempat sarapan pagi dan berdating di tepian Sungai Perak di Jeti Persatuan Pengail, Teluk Intan.
Replika Udang Galah di Teluk Intan |
Jeti Sungai Perak, Teluk Intan
Di sini terdapat sebuah jeti Persatuan Pengail dibina untuk kaki pancing melakukan aktiviti memancing khasnya mengail udang galah yang sangat terkenal di bandar Teluk Intan ni.Sungai Perak yang terbentang luas menjadi lubuk rezeki nelayan kecil untuk menangkap udang galah samada mengail atau memasang bubu.Bagi yang tak tahu apakah bubu bolehlah baca di entri yang pernah ana terbitkan di SINI .
Di suatu waktu dahulu terdapat taman rekreasi tepian Sungai Perak ni.Ana dan rakan-rakan sekolah waktu itu rajin juga singgah minum petang di salah sebuah gerai iaitu, Gerai Kak Zila sambil menikmati ABC yang enak. Erm sempat pula mengimbas memori silam. Dari sini juga kelihatan bot sampan tambang yang membawa penumpang menyeberangi sungai dari seberang.Sebelum adanya jambatan, penduduk Seberang Perak dan sekitarnya menggunakan perkhidmatan sampan tambang untuk ke bandar Teluk Intan.
Ana difahamkan, di jeti ini disediakan perkhidmatan menyewa bot-bot untuk mereka yang ingin memancing udang galah.Pagi itu juga kami sempat bertemu tiga orang kaki pancing dari luar Teluk Intan datang ke sini untuk mengail udang galah dengan menyewa salah sebuah bot yang ada.Itulah kalau dah minat, sanggup datang dari jauh semata-mata untuk memancing udang galah di Teluk Intan ni.
Buah Berembang
pokok berembang |
Ana pasti ramai generasi muda sekarang tak kenal dan tak tahu kewujudan buah berembang.Pagi itu setelah hampir berpuluh tahun ana tidak melihat buah berembang didepan mata, akhirnya bersua juga.Buah berembang ni sejenis tumbuhan air, rasanya masam dan banyak berbiji halus.Selalunya dahulu mak ajar kami makan dengan cicah gula dan kicap.Tak lah sedap mana pun, namun pada ketika itu, buah-buahan yang ada disekitar kamilah yang menjadi kudapan harian.Bernostalgia lagi.Pernah juga ana kongsikan sebuah entri kisah buah berembang di SINI .
Inilah coretan ana pagi itu di tepian Sungai Perak di bandar tercinta Teluk Intan, Darul Ridzuan yang banyak menyimpan seribu satu kisah.Setiap tempat ada keistimewaannya, begitulah tanah tumpah darah kami,bumi tercinta.
24 Comments
wah...udang resakse...
ReplyDeleteerm main-main nanti ultraman datang baru tauu :)
Deletebudak2 sekarang ni diorang kenal buah epal, anggur, limau..
ReplyDeletebuah2 kampung ni x kenal dah..huhu
kan Nick, tu lah kenal-kenalkan, entah2 Nick pun tak tahu kut hihi :)
DeleteBuah berembang.,pertama kali tengok ni.,
ReplyDeleteerm memang rare dah PC :)
Deletewahhh buah tu first time dengar. heheh :D
ReplyDeletehaha memanglah Nani, ramai tak kenal buah berembang ni :)
Deletemacam dokumentari entri ni, selangkah ke alam semulajadi
ReplyDeletehamboi dokumentari ye FR oklah kan :)
DeleteDah lama teringin nak pergi Teluk Intan tu, tak ada geng...
ReplyDeletealahai ye ke Zumal, ajaklah geng jenjalan makan2 kat Teluk Intan :)
DeleteBuah Berembang.....?? woww... first time juga dengar tu... hehehhehee...
ReplyDeletebila entah dapat merasa udang galah Teluk Intan.. hehehe.. kena try juga sekali ni... :p
Ain nanti kalau balik Bagan Datoh datang Teluk Intan roger2 kak ana kay :)
DeleteBilala sy nk smpai ke tlk intan ni..ada waris pangkat mak sedare duk sana tp xsmpai2 lg umah dia...
ReplyDeleteIn Shaa Allah Sham, ada rezeki nanti sampai lah tu tambah2 ada waris duk sana kan, tak jauh pun :)
DeleteKat tempat CP masih ada lagi buah bermbang ni..terutama tepi Sungai Merbok
ReplyDeleteAda ye CP, tu lah kalau tepian sungai memang ada lagi lah buah berembang ni :)
DeleteUdang galah memang sedap. Tapi kata orang tempat banyak udang galah ada buaya
ReplyDeletepernah juga terdengar pasal tu aRz, tapi sungai ni rasanya memang ada kut sebab besar dan luas kan :)
Deleteaida x pernah ke teluk intan :)
ReplyDeletetapi adik ipar org lenggong, selalu la adik bercerita tentang perak.
oo Lenggong, kak ana pula tak pernah lagi sampai ke Lenggong ni aida hihi :)
DeleteBuah ni kalau masak, boleh buat umpan ikan ni, Udang galah pun suka lepak bawah pkok ni.
ReplyDeleteHaah ada juga pernah dengar pasal ni HH :)
Delete