Telemovie Teroka di TV3



Satu tayangan telemovie khas sempena sambutan Hari Kemerdekaan tanahair kita pada hari Isnin, 31hb Ogos 2015 di TV3 pada jam 10:00 malam nanti.Lakonan pelakon pujaan ana, Adi Putra berganding dengan Faye Kusairi bersama barisan pelakon lain seperti Jasmin Hamid,Fikhree Bakar, Mahmud Ali Basha dan lain-lain lagi. Dari perkongsian di Instagram Adi Putra, ana rasa drama ini berkisar sekitar tahun 1050-an era sebelum kemerdekaan.Jom sama-sama kita nantikan dan tonton bersama telemovie ini nanti.Lagipun dah lama ana tak menonton lakonan Adi Putra di kaca tv dengan drama-drama baru.Terkini ialah siaran ulangan drama siri Ammara Batrisya di slot Samarinda Tv3.







kredit foto: Instagram adp_adiputra dan adp1hotlovers.