Resepi Apam Kukus Coklat Mudah

 


Dah lama juga tak menyediakan menu petang dengan adik Ika.Mungkin sebab adik Ika terlalu sibuk dengan aktiviti sekolahnya sampai ke petang.Memandangkan jerebu melanda tanahair ni, banyak aktiviti petang dibatalkan, jadi adik Ika ada masa di dapur bersama ibu.Dari blogwalking di blog Ratu Kek WANA ana memperolehi resepi apam kukus coklat yang sangat mudah untuk disediakan sebagai menu minum petang kami hari tu. Bahan-bahan juga sangat basic ada di kabinet dapur. Kali ini ana kongsikan semula buat pembaca anajingga.com.Terima kasih buat adik blogger tersayang Wana :)


Bahan untuk apam kukus coklat 


1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula pasir/gula perang (ana gunakan gula pasir)
1/2 cwn susu pekat manis
1/2 cwn minyak masak/minyak jagung (ana gunakan minyak masak)
1/2 cwn air
1 sk baking powder
1/2 sk soda bikarbonat
1 biji telur gred A
2 s/b serbuk koko
Secubit garam

 

Cara menyediakan apam kukus coklat


Masukkan tepung gandum, soda bikarbonat,gula dan serbuk koko ke dalam mangkuk adunan.Pastikan ayak dahulu tepung gandum dan soda supaya sebati.

Kemudian masukkan susu pekat, minyak masak,air,telur dan secubit garam.Pukul menggunakan whisk atau pemukul telur sehingga adunan sebati dan ringan.

Tuang bancuhan dalam acuan atau ana gunakan muffin cup

Kukus selama 15-20 minit.Sedia untuk hidangan.


~berkongsi resepi apam kukus coklat mudah disini~




47 Comments

  1. dah lama juga tak membaking ni....tunggu mood hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan azie, bila mood sampai baru jadi hihi :)

      Delete
  2. Kakcik suka resepi guna sukatan cawan ni, tak payah pening cari penimbang. :)

    ReplyDelete
  3. sedap ni kak ana....kena minum petang lagi best la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah aRz buat minum petang dengan teh tarik ye hihi :)

      Delete
  4. wah cantik dan gebu la apam coklat akak tu..terima kasih kerana mencuba resepi ni..wana suka sangat bila dapat kongsi sesuatu yang bermanfaat..tapi, gelaran ratu kek tu buat wana segan pula..heheh..btw, labiu kak anaaa ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak tuan punya resepi komenlah, malu kak ana..hihi betullah wana ratu kek, terima kasih sayang berkongsi resepi dengan kakak ye ,lap u too :)

      Delete
  5. Buat makan dan minum petang best ni..

    ReplyDelete
  6. salams kak, tengok gambar dah rasa sedap kak:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah mieja, mieja lagi lah terre membaking dari kak ana kan :)

      Delete
  7. sedapnya. Gebu pulak tu... Nak try buat jugaklah. Resepi pun mudah.

    ReplyDelete
  8. ewaaahhh...!! cumil-cumil apam kukus ni kak ana.. sekali ngap je abissssss... hehehehehe.. :)

    ReplyDelete
  9. haah FD, mudah sangat bahan dia dan sedap gebu geban haha :)

    ReplyDelete
  10. waaa.. sedap.. :)

    Jemput singgah k..

    Entry terkini

    1. "Aperture Squad Artwork"




    ReplyDelete
  11. bleh buat ni kak anna..afrina n adriana suka mkn cake ke apam ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ajak afrina dengan adriana buat sekali ye ummul :)

      Delete
  12. Replies
    1. apa yang best mommy, mommy asyik lapar je kan hihi :)

      Delete
  13. best ja resipi..rajin mesti bahagia keluarga

    ReplyDelete
  14. nak try resipi mesti nak bagitahu mama kat sebelah ni hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try Etuza, mama mesti nak buat tu ,buat sama-sama kay :)

      Delete
  15. Wow. Terbaik ni! Mudah resepi nya...
    aida br sudah buat kek pisang :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah aida, kek pisang pun sedap tu makan panas-panas kan :)

      Delete
  16. k.ana,kalau letak topping coklat kat atas lagi yummy tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah kan khaty, mangkin boleh cuba lain kali pula :)

      Delete
  17. Kak Ana.. itew nak sikit.. peeeelish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. OK CT jap lagi kak ana anta ikut pintu dapoq ye :)

      Delete
  18. Replies
    1. hamboi HH..siap caplock lagi..kan menn naa :)

      Delete