Pagi ni, ana menulis dengan penuh emosi marah buat pertama kalinya di anajingga.com.Kesal, marah dan bercampur baur emosi ketika jari pantas menari di papan kekunci ni. Bukan sahaja kerana ia terjadi pada saudara terdekat sendiri tetapi jika berlaku pada sesiapapun pasti perasaan yang sama kembali menerpa.Ana benci pada kebiadapan, ana tak suka dengan manusia yang menyusahkan hidup orang lain.Ana benci pada kekejaman.Bukan hanya pada manusia malah pada penghuni alam yang lain seperti haiwan dan tumbuhan.Selalu ana ingatkan pada diri sendiri dan anak-anak, hidup biarlah menyenangkan sesama manusia, dunia bukan kita sahaja penghuninya,Allah dan para malaikat sentiasa ada,In shaa Allah hidup kita selamat dunia akhirat.



Kisah ni terjadi beberapa hari yang lepas, perkongsian adik sepupu ana di group whatsapp keluarga kami.Adik sepupu ana balik kerja selepas syif malam pagi tu.Tanpa menyedari motornya kehabisan minyak.Dia berjalan kaki ke stesen minyak yang terdekat untuk mendapatkan minyak.Namun apabila sampai semula ke motor yang di parkirkan di tepi lebuhraya, kedua-dua tayar dan sportrim telah hilang di ambil manusia durjana.

Allahu Rabbi, sedih sangat mendengar apa yang diceritakan.Bukan lama pun sekejap saja, sampainya hati kau wahai pencuri.Ambillah ,berapa ringgit sangatlah engkau dapat dengan duit tu, mati kau azab hingga akhirat.Tak kiralah siapapun kamu.

Bila ana ceritakan semula dengan suami, katanya memang selalu macam tu terjadi.Ada motor yang kemalangan sekali pun mereka akan ambil bahagian dari motor yang boleh di jual.Macam tu sekali manusia jadi hamba duit kan.Bayangkan kalau duit tu digunakan untuk menyara anak-isteri,makan dengan duit dari sumber yang haram, Nauzubillahi Min Zalik, kekal jadi darah daging.

Ana tak pandai berhujah soal hukum hakam kerana ana bukan tinggi ilmu agama,masih belajar dari hari ke hari meniti usia.Cuma meluahkan rasa kekesalan dengan peradaban hidup manusia akhir zaman ni.Kejam, tidak berperikemanusiaan langsung.

Semoga Allah swt sentiasa melindungi kita semua dari segala perkara yang mendekatkan ke azab Allah swt.Yakinlah azabNya benar.Didiklah anak-anak kita dengan sifat-sifat kasih sayang dan mengenali Yang Maha Pencipta dengan sifat-sifatNya.In Shaa Allah kita tidak akan sesat di pertengahan jalan menuju destinasi abadi.Waallahu a'lam.

33 Comments

  1. sekarang ni macam-macam kes..abang nory pon kerja dispatch, parking motor sekjap je dengan helmet sekali..datang balik tgk helmet dah lesap..helmet buruk pon nak rembat...haishhh tak pasal-pasal dah menyusahkan org..hurmmm...

    *salam kenal kak..nory datang balas kunjungan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm tu lah nory, helmet pun rembat kan terdesak sungguh manusia seperti itu, terima kasih nory sudi ke sini :)

      Delete
  2. in shaa Allah.. semoga kita semua terlindung dari perkara2 yg diazab Allah...

    ReplyDelete
  3. Memang durjana. CP dah merasai akibat manusia durjana ni. Nak raya pun tak boleh. Kereta baru 2 bulan guna kena rembat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah CP sendiri pernah mengalami ni kan.. kak ana faham sangat apa yang CP tempuhi.

      Delete
  4. moga-moga kita semua tak tergolong dalam golongan durjana itu, dah moga-moga kita dijauhkan daripada musibah sedemikian.

    ReplyDelete
  5. SubhanAllah...Astaghfirullahhilazimmmm....

    ReplyDelete
  6. ish.. manusia2 manusia..
    kesian anak buah tu.. dah la penat nak cari minyak
    blik2 habis sportring kena rembat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah sobri, emo pula kak ana dengan situasi adik sepupu kak ana ni, sedih sangat rasanya.

      Delete
  7. hurmmm tu lah kan kak ana, tak fikir ke mcm mana kesusahan kita pulak nanti. hish sbr jelah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. manusia camni tak pernah berfikir tentang orang lain agaknya Rara, pentingkan diri dia je kan .

      Delete
  8. astaqfirullaaaahal adzim.......

    ReplyDelete
  9. Innalillahiwa innailaihirojiun... kesiannya... zaman sekarang ni mmg tak boleh pantang lepa... moga Allah gantikan yang lebih baik buat mangsa tu... insyaAllah... Amin...

    ReplyDelete
  10. itu pun nak di sebatnya.. zalim gile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. zalimkan amir zahari .betul sangat.

      Delete
    2. berapa sangat harga sport rim moto wave ni...

      Delete
    3. entah lah kak ana tak tahu pasal motor ni aRz, tapi sakit hati sangat kesian kat adik sepupu kak ana dah lah menapak cari minyak pastu kena musibah macam ni pulak.

      Delete
  11. Ujian dan dugaan...Allah akan gantikan yang lebih baik insyaallah...sama pulak moto dia ngan moto arz

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Shaa Allah, oo sama ye.. sekarang ni tak kira dah bak kata Sobri tu semua main rembat je .

      Delete
  12. Ya Rabbi!
    jahil betul la si pencuri tu.
    org dah dlm kesusahan, ko tambah susah!

    ReplyDelete
  13. Oh kak ana.. ptt viral kan ni.. sy bleh je nk viralkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pe lah shehan, perkara dah jadi pun, memang sakit hati sangat kan.

      Delete
  14. Itulah sesetengah manusia zaman sekarang ini memang dah takde nilai peradaban langsungkan k.Ana. Semoga mereka diberi hidayah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Mrs A, semoga mereka akan diberikan hidayah sebelum terlewat.

      Delete
  15. memang manusia zaman sekarang nak mudah ja..geram jugak baca entry nie dekat mereka tu

    ReplyDelete