Asam Pedas Telur Ikan Mayong


Sabtu lepas memang bercadang ke Kuala Lumpur untuk bertemu adik sepupu ana, Effa dan anak-anaknya. Rezeki langkah kanan kata orang bila, selepas sahaja solat Zohor di Masjid Kem Wardieburn, Effa telefon bagitau suruh kami ke Ukay Perdana berjumpa dengan mereka di sebuah kafe asam pedas katanya.Kemudian kami bertemu di sebuah kafe bernama Kantin Asam Pedas di Ukay Bistari. Memandang kami memang dah makan tengahari, ana hanya memesan satu mangkuk asam pedas telur ikan mayong kerana tuan punya kafe memberitahu menu istimewa mereka tengahari tu. Memang lama benar tak makan telur ikan mayong ni, kerana memang agak payah nak jumpa di sekitar Rawang ni atau bila balik ke Teluk Intan sekali pun jarang nak jumpa di pasar besar.

Telur ikan mayong ni, rasanya memang sedap sangat.Meletup-letup di dalam mulut bila kita mengunyahnya.Namun tak semua orang menyukainya. Biasalah tu kan, bukan semua orang sama selera dengan kita. Tapi ana ni selera kampung masih menebal memang sangat rindu sesekali ingin makan lauk-lauk sebegini.Teringatlah dulu ketika masih kecil, arwah bapa saudara yang sering ke sungai mengail ikan selalu bawa balik ikan duri dan telurnya menjadi rebutan kami adik-beradik.Nasib tak jadi kisah batu belah batu bertangkup kan, hihi.

Ana kongsikan sedikit lokasi kafe Kantin Asam Pedas ni yang terletak di E-G-14,Residensi Bistari,Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor. Dibuka  mulai jam 11 pagi hingga 4:30 petang kecuali hari Isnin. Boleh hubungi talian 03-4101 9876 atau 012-666 5552 untuk keterangan lanjut atau bertanya menu istimewa mereka kerana menu asam pedasnya sentiasa berubah-ubah. Dari segi rasa, pada ana sangat sedap, kuah yang tidak terlalu berminyak, pekat dan cukup rasa.Terdapat sajian set asam pedas untuk makan tengahari serendah RM10 termasuk nasi putih, asam pedas,ulam-ulaman , sambal belacan dan air sirap kampung yang boleh di refill lagi. Bagi penggemar asam pedas, boleh ke sini untuk menikmati pelbagai menu asam pedas yang sedap.


29 Comments

  1. Kite tak makan telur ikan kak ana..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo zatie tak make telo ike ye.. tak pe zatie make isi ike je ye hihi :)

      Delete
  2. lama tak makan telur ikan mayong ni Ana, akak semua jenis telur ikan pun suka
    telur ikan mmg best daripda telur ayam hehee nak kena cari cari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari kak noor cari sampai dapat kat sana hihi :) haah kak sedap dari telur ayam sebab jarang jumpa kan .

      Delete
  3. pertama kali dengar resipi ini ya anaJ..pasti nak lagi after makan ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kena dengan selera etuza boleh je cuba nanti :)

      Delete
  4. assalamualaikum ana...wah sedapnya tengok..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam mama..sedap tu, mama lagi terre bab asam pedas ni kan :)

      Delete
  5. Mummy baru lepas masak Asam Pedas tapi telur ikannya takde.. hehhee :D

    ReplyDelete
  6. Eh, kalau Ukay Perdana ni dekat rumah MIL saya, bolehla saya try kafe yang kak ana sebut ni kalau ke sana lain kali.....nampak menarik asam pedas tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. cubalah Aisy, mana tahu ada rezeki makan asam pedas telur mayong nanti kan , macam-macam menu asam pedas ada di sana .

      Delete
  7. Salam, wahh yg bulat2 tu ke kak telur ikan mayongnye? xpernah makan lah pulak, besarnya! haha sy selalu mkn telur ikan kecik2 yg biasa2 tu je, sedap!! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah Lynn, yang bulat-bulat tu telurnya, lebih kurang telur ikan kecil-kecil yang lynn makan tu juga rasanya cuma lebih besarlah isi dia :)

      Delete
  8. Sedap nyer....bunda pun dah lama tak makan telo ikan ni...

    ReplyDelete
  9. Kak Ana nak sikit telur ikan mayong... fav bonde tu

    ReplyDelete
  10. Seriously memang tak pernah makan and tak tau pon ikan mayong tuh ikan apa..ehehe..tapi nampak asam pedas tuh sedap..hehe.. follow sini yer..terima kasih singgah komen blog arepnakbebel

    ReplyDelete
  11. sedappppppppppppppppppp! rara penah makan, tp kalau terlebih masak. dia kenyal kan. xsedap jadiknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah Rara dan makanan berpisah tiada hihi :) betul tu Rara kena masak ngam ngam je kan baru meletus letus dalam mulut :

      Delete
  12. Tak pernah makan telur ikan mayong ni. Nampak macam sedap lah plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada terjumpa bolehlah Fiza cuba rasa sikit dahulu, takut tak kena dengan selera Fiza pula nanti kan hihi :)

      Delete
  13. salam singgah kak..follow sekali sini..

    pernah makan sekali telor ikan mayong asam pedas..nak kata suka sangat tak jugak, nak kata tak suka pon tak jugak..boleh la telan..pestime tak pandai lagi kot..heheheee

    ReplyDelete