Asam Pedas Telur Ikan Mayong


Sabtu lepas memang bercadang ke Kuala Lumpur untuk bertemu adik sepupu ana, Effa dan anak-anaknya. Rezeki langkah kanan kata orang bila, selepas sahaja solat Zohor di Masjid Kem Wardieburn, Effa telefon bagitau suruh kami ke Ukay Perdana berjumpa dengan mereka di sebuah kafe asam pedas katanya.Kemudian kami bertemu di sebuah kafe bernama Kantin Asam Pedas di Ukay Bistari. Memandang kami memang dah makan tengahari, ana hanya memesan satu mangkuk asam pedas telur ikan mayong kerana tuan punya kafe memberitahu menu istimewa mereka tengahari tu. Memang lama benar tak makan telur ikan mayong ni, kerana memang agak payah nak jumpa di sekitar Rawang ni atau bila balik ke Teluk Intan sekali pun jarang nak jumpa di pasar besar.

Telur ikan mayong ni, rasanya memang sedap sangat.Meletup-letup di dalam mulut bila kita mengunyahnya.Namun tak semua orang menyukainya. Biasalah tu kan, bukan semua orang sama selera dengan kita. Tapi ana ni selera kampung masih menebal memang sangat rindu sesekali ingin makan lauk-lauk sebegini.Teringatlah dulu ketika masih kecil, arwah bapa saudara yang sering ke sungai mengail ikan selalu bawa balik ikan duri dan telurnya menjadi rebutan kami adik-beradik.Nasib tak jadi kisah batu belah batu bertangkup kan, hihi.

Ana kongsikan sedikit lokasi kafe Kantin Asam Pedas ni yang terletak di E-G-14,Residensi Bistari,Taman Ukay Bistari, Ukay Perdana, Hulu Klang, Selangor. Dibuka  mulai jam 11 pagi hingga 4:30 petang kecuali hari Isnin. Boleh hubungi talian 03-4101 9876 atau 012-666 5552 untuk keterangan lanjut atau bertanya menu istimewa mereka kerana menu asam pedasnya sentiasa berubah-ubah. Dari segi rasa, pada ana sangat sedap, kuah yang tidak terlalu berminyak, pekat dan cukup rasa.Terdapat sajian set asam pedas untuk makan tengahari serendah RM10 termasuk nasi putih, asam pedas,ulam-ulaman , sambal belacan dan air sirap kampung yang boleh di refill lagi. Bagi penggemar asam pedas, boleh ke sini untuk menikmati pelbagai menu asam pedas yang sedap.