Rasanya bertahun juga tak ke pawagam untuk menonton filem Bollywood ni. Selalu memang beli VCD atau tonton di Astro First sahaja. Namun entah mengapa kali ni bukan main teruja nak pergi menonton terus di pawagam, filem terkini Shah Rukh Khan , Dilwale. Ana rasa sebab utamanya ialah gandingan semula Kajol Devgan dengan SRK ni. Kalau tak silap gandingan mereka paling best semasa Dilwale Dulhania Le Jayenge 1995 dulu tu, kemudian Kuch Kuch Hotta Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gham dan banyak lagi kan.Bila menonton trailernya sahaja dah kembali semangat untuk ke pawagam. Dan Jumaat lepas, ditemani jiran tersayang Man dan Ida bersama Adik Ika, tercapai juga hasrat menontonnya di TGV Sunway Putra Mall.Best tak filem Dilwale ni?? Ana kongsikan sedikit dari kaca mata ana sendiri, satu pandangan peribadi...

Filem Dilwale 2015




Filem Dilwale 2015 ini seperti lazim filem-filem Bollywood bergenre 'muzikal romantik komedi'. Di arahkan oleh Rohit Shetty dan penerbit Gauri Khan dan Rohit Shetty dibawah terbitan Red Chillies Entertainment dan Rohit Shetty Productions.

Pelakon Filem Dilwale 




Shah Rukh Khan - Raj Randhir Bakshi/Kaali
Kajol - Meera Dev Malik
Varun Dhawan - Veer Randhir Bakshi
Kriti Sanon - Ishita Dev Malik
Varun Sharma - Sidhu
Johnny Lever - Mani Bhai
Sanjay Mishra - Oscar Bhai
Mukesh Tiwari - Shakti
Pankaj Tripati - Anwar
Boman Irani -  King
Vinod Khana - Randhir Bakshi
Kabir Bedi -  Dev Malik
Nawab Shah -  Raghav
Chetna Pandey -  Jenny

Sinopsis Filem Dilwale


Permusuhan keluarga dua kumpulan gangstar antara Randhir dan Malik yang kemudiannya bertukar menjadi cinta antara anak mereka Kaali dan Meera. Namun Randhir yang akhirnya cuba berbaik dengan Malik demi anak mereka tetapi dikhianati oleh Malik sehingga kedua ketua gangstar ini terbunuh. Berlaku salah sangka dan penipuan yang mengakibatkan Meera menuduh Kaali yang menembak bapanya.

Lima belas tahun kemudian, di Bulgaria, Kaali mengubah identitinya sebagai Raj yang membesarkan adiknya Veer dengan penuh kasih sayang dan menyembunyikan identiti sebenar keluarga mereka. Pertemuan Veer dan Ishita dan berhasrat untuk berkahwin telah membongkar sejarah silam antara Raj dan Meera.

Apakah hubungan Ishita dan Meera, dan apakah akhirnya hubungan cinta Kaali dan Meera, kenalah saksikannya di pawagam yang menayangkan filem hebat ini.

Review dari AJ untuk filem Dilwale


Permulaan cerita yang agak menarik, tidak meleret dan merapu. Banyak adegan aksi-aksi pergaduhan, adegan kejar mengejar dengan kereta mewah ala-ala Fast & Furious sikitlah.Sangat menghiburkan babak dan dialog komedi yang bersahaja tanpa melampau. Dan satu yang harus dipuji tidak terlalu lama adegan nyanyian seperti filem-filem Bollywood sebelum ini. Simple and nice.

Macam selalu, filem-filem Bollywood memainkan latar belakang pemandangan yang sangat cantik. Sesuatu yang paling ana suka lihat dalam filem ini ialah pelakon hebat Kajol yang bertambah jelita dari masa lalu. Terubat rasanya rindu pada percintaan SRK dan Kajol setelah kian lama tidak berganding bersama.Apapun dua jam setengah berada di sofa TGV petang itu, sangat menghiburkan. Best!!! Ana bagi empat dari lima bintang, cewahhh..memandai je kan.. :) 


sinopsis dilwale





Info : Wikipedia
Kredit Foto : Google Image