Bunga Keembung 


Asalnya nak buat entri bunga keembung ni untuk wordless wednesday sahaja. Tapi macam banyak pula nak bercerita tentang sekeping gambar yang ana ambil di halaman rumah di kampung ana, Teluk Intan, Darul Ridzuan ni. Yelah setiap kali balik kampung, setiap sudut dan ruang yang ada pasti tersingkap kisah kenangan silam, termasuk lah bila terpandang kuntuman bunga keembung yang merah menyala ni.Subhanallah.. indahnya ciptaanMu yang amat sempurna.

Bunga keembung ni dahulu memang bunga kesukaan mak ana. Mak banyak menanamnya di halaman depan rumah. Macam-macam warna ada waktu itu. Dan apabila musim ia berbunga pasti ruang halaman rumah dipenuhi dengan kuntumannya beraneka warna. Sejuk mata memandang.Maklumlah pokok keembung ni mudah membiak dan ditanam. Hanya dengan bijian dari buahnya yang telah cukup tua di tabur maka hidup suburlah ia. 

Ketika kami kanak-kanak dahulu, gemar memetik biji benih keembung yang dan tua tu. Tahu tak kami buat apa dengan biji benih ni..erm kami jentik dengan jari dan tup!! ia meletop.. suka sangat dah dapat buat macam tu..anak desa, itupun dijadikan bahan permainan. Selain itu, bunga keembung ni pun antara bahan mainan masak-masak kami lah. Siap!! Mak nampak pasti kena marah sebab suka sangat petik bunga-bunga di halaman rumah.

Ketika zaman sekolah rendah pula, pokok bunga keembung ni lah jadi bahan ujikaji sains kami. Setiap murid cikgu suruh bawa biji benih untuk di tanam dan yang paling popular ketika itu, hampir semua akan bawa biji benih keembung ni. Ermm bernostalgia lagi di anajingga.com ni. Maaf ye, bila menulis pasti seronok berkongsi kisah-kisah silam.

Bagi yang inginkan info tentang bunga-bungaan di tanahair atau pun menikmati gambar-gambar indah kuntuman bunga yang mekar dihalaman, sila lah kunjungi blog kesukaan ana ini MY GREEN EYE'S ( Kak Mala Saad ) . Bagaikan taman-taman Inggeris pelbagai pokok bunga diceritakan disini bersama foto-foto yang sangat cantik di kongsikannya. Rugi bagi pencinta alam jika tidak mengikuti Blog Kak Mala yang peramah dan sering kali bertandang ke sini. Terima Kasih Kak Mala :)

Inilah coretan ana di pagi Rabu yang sepatutnya wordless... :)