Cara Menghalau Tikus Dari Rumah
Yeehaa... comelnya lah Tom and Jerry ni..karektor kartun kesukaan kami sekeluarga dari dulu lagi. Ehhh entri ana bukan pasal kartun comel dua ekor ni tapi kisah si Jerry yang terlepas masuk ke dalam rumah ana minggu lepas. Panik di buatnya, maklumlah Jerry yang ori tu memanglah comel namun cik menti yang masuk ke dalam rumah boleh membawa pelbagai musibah buat penghuninya.Bukan senang nak halau tikus kalau dah berada di dalam rumah kan.Namun , Alhamdulillah cik menti berjaya juga kami usir dalam masa 24 jam.Jom ana ceritakan macam mana nak perangkap atau halau tikus dari dalam rumah.
Cara Menghalau Tikus Dari Rumah
Kisahnya begini, tengahari tu, ana nampak Tom (mak tam - kucing hitam yang selalu singgah makan kat rumah ni ) menggonggong sesuatu di mulutnya. Mulanya ana ingat itu anaknya si Euthopia (anak mak tam yang kurus kering, kami panggil Euthopia ). Tapi bila tengok betul-betul, rupanya mak tam bawa balik tikus. Mungkin nak tayang kat kami yang dia berjaya tangkap tikus agaknya atau kerja amalnya kat rumah yang selalu bagi dia makan, agaknya.
Apalagi Kak Long dengan Adik Ika menjerit sekuat hati takut kat cik menti.Tup tup terlepas dari mulut mak tam dan rupa-rupanya cik menti tu masih hidup. Berdesup masuk bawah peti sejuk. Puaslah ana halau dengan penyapu, namun tabiat tikus cepat menyusup masuk ke bawah-bawah ruang sempit sekalipun terus ghaib dari pandangan.
Puas fikir macam mana nak halau tikus dari dalam rumah ni.Bahaya kalau di biarkan semalam, macam-macam boleh berlaku kan.Khususnya bab kebersihanlah sebab tikus sejenis haiwan yang boleh membawa penyakit. Akhirnya ana dapat idea, pinjam perangkap tikus dari jiran sebelah.Kebetulan teringat yang Man, jiran ana pernah perangkap tikus di rumahnya.
Malam tu, kami pasang perangkap, letakkan ikan masin sekeping sebagai umpan di dalam perangkap.Banyak juga petua yang ana ketahui dari jiran tentang umpan perangkap tikus ni, ada yang kata letak kelapa parut, letak roti dan kalau Adik Ika pula suruh letak cheese (comfirm pengaruh Tom and Jerry ni). Dan akhirnya keesokkan paginya selepas solat Subuh, ana dan suami turun ke dapur dan melihat perangkap kami berjaya menangkap cik menti yang comel. Maka selesailah misi kami hari itu. Alhamdulillah.
Apa yang harus kita lakukan apabila tikus berada dalam rumah
Sebenarnya, apabila terdapat tikus tersesat di dalam rumah seperti kes ana di atas, langkah pertama yang patut di ambil ialah tutup semua ekses keluar masuk dari ruang tersebut jika ada. Namun ruang dapur ana memang jenis terbuka terus ke ruang tamu, jadi kami cuma tutup pintu bilik masing-masing sahaja malam itu untuk menggelakkannya masuk.
Kedua pastikan semua bahan makanan dan bahan kering di dapur di simpan di dalam peti sejuk atau di dalam bekas yang bertutup rapat. Contoh, biskut yang belum dibuka, mee segera, bawang, atau sebagainya yang sering kali kita letak di luar kabinet dapur masukkan ke dalam kabinet atau peti sejuk supaya tidak di sentuh oleh tikus di waktu malam.Ini kerana tikus hanya aktif apabila kita sudah beradu dan dalam keadaan gelap serta tiada aktiviti manusia.
Ketiga, semua peralatan dapur dan pinggan mangkuk yang terdapat di singki juga perlu disimpan di dalam kabinet dapur atau almari.Bimbang tikus akan memijak atau mengotorinya dan bahaya buat kesihatan penghuni.
Akhirnya tutup atau sumbat ruang-ruang pintu yang boleh dicelus olehnya khasnya pintu stor kerana jika ia berjaya melepasi sekatan tersebut maka payahlah untuk kita menghalaunya keluar nanti.
Selepas berjaya memerangkap tikus di dalam perangkap, pagi itu, ana bawa keluar rumah di hujung longkang dan melepaskannya pergi.Pergilah keluar cik menti, bumi Allah ini luas, rumah kami bukan tempatmu. Carilah makan di luar sana dan kembali pada keluargamu.Demi Allah, ana memang tak sampai hati untuk menyakitinya apatah lagi membunuhnya.Lihat dalam matanya pun dah rasa belas sangat.Macam anak kucing. Dan cik menti dengan perlahan pergi meninggalkan rumah kami dan hilang dari pandangan.... Itulah kisah Tom and Jerry di pagi Jumaat yang barokah ini... mungkin perkongsian ana ini dapat memberi idea kepada mereka yang mengalami kisah yang sama tentang bagaimana hendak menghalau tikus yang masuk ke dalam rumah.Waallahu a'lam..
30 Comments
geli plak SA tgok tikus tu kak ana...akhirnya trperangkap jugak eh...sabar je la...memang tikus akan beranak pinak kalau di biarkan...
ReplyDeletememang geli SA, tapi kuatkan semangat nak perangkap sebab bimbang klu dapat dia merayap malam-malam dalam rumah semua peralatan kita jadi tak selamat dah kan :(
DeleteBetullah tu kak Ana.
ReplyDeleteKucing akan tayang kat kita bila dia dapat tangkap tikus.
Pernah terjadi pada Mrs. A ada seekor tikus sesat tapi Mrs. A time tu minta jasa baik Lilo tangkapkan, kucing Mrs. A yang dah mati tu sob..sob..sob touching pulak bila ingat kat Lilo. Bila dapat dia buat main.
sian lilo kan Mrs A, tulah sesaja nak tayang kat kita yang dia dah buat kerja amal agaknya hihi :)
Deletehehehe... tom and jerry.. kak ana lah tom nya kan.. ngeh2
ReplyDeletetom lagi kejam Zaf, kena karen si jerry dibuatnya hihi :)
DeleteAsalamualaikum kak ana...klu dulu2 mase duk kg arwah mak Bee guna daun durian belanda wat hlau cik menti ni & cik mondok.kat bwah gobok makanan (umah kg dulu xde cabinet atau peti ais nak letak menda mkn) arwah mak letak daun durian belanda yg da carik2 bg bau daun tu kuar.alhamdulillah menjadi xde lg dengau bunyi kenit2 brekor ni mendecit mlm2...
ReplyDeletewah petua yang bagus ni Bee, tapi yelah pokok durian belanda makin pupus sekarang ni, dulu di kampung kak ana memang ada pokoknya tapi sekarang tak ada dah kena tebang :)
Deletecik ti nih paling pantang kalau sebut mesti ada je nanti. bahaya jugak tikus nih membawa virus kan.
ReplyDeleteerm betul tu Roziah, orang tua-tua dulu tak bagi sebut nama dia kan hihi :)
Deletenasib baik dapat kat kak ana kalau dapat kat jiran belakang rumah mak saya maka almarhum la si jerry tu...
ReplyDeletealahai malinda, kakak awak ni tak sampai hati..bak kata cite p.ramlee tu..kesian.. :)
Deletehuhu geli dgn tikus rumah kami ni rumah kmpung kdg2 ada lah tikus, selalu letak racun tikus, tp dgr juga bunyi2nya tu...huhu bukannya apa, risau sgt dgn peralatan2 apalagi kes skrg ni pasal kencing tikus kan.,.nauzubillahi
ReplyDeletebetul tu Jiha, kita cuma bimbangkan kesihatan dan keselamatan penghuni rumah kan, ambil sahaja langkah yang wajib untuk menghalau mereka ni dari terus berada di dalam rumah :)
DeleteSalam singgah sini kak ana....kat perumahan diana tinggal pun bnyak juga tikus maklumlah kak ana tinggal dalam ladang kelapa sawit...kadang pasang perangkap untuk kurangkan tikus² ni masuk ke rumah...tapi kalau ada tom kat rumah memang tak berani tikus² ni masuk..hihi
ReplyDeletebetul kan Diana kena bela tom lah nampaknya sebab kalau tom ada jerry tak berani gak nak masuk hihi :)
Deleteassalamualaikum ana...betul tu kalau dah masuk rumah mmg susah hati juga rasanya...
ReplyDeletewaalaikumsalam mama, tu lah malam tu juga ana cuba cari penyelesaiannya mama, Alhamdulillah dah keluarpun ia :)
DeleteAda kat rumah ni..dia dok belakang suka curi makanan kucing
ReplyDeleteanis, kalau kat luar rumah tak apa lagi anis :)
DeleteIngatkan dengan menjemput si Tom datang ke rumah haha..
ReplyDeleteboleh gak SP hihi :)
DeleteKalau yang masuk. Macam tom tentu ramai tak kisah
ReplyDeletetom tu mak tam yang duk belakang rumah kak ana tu lah aRz hihi :)
DeleteBetul tutup semua akses laluan masuk terutama di bawah pintu dan lubang tandas...
ReplyDeletekan aRz :)kalau tak di masuk habislah
DeleteGam tikus pun bagus cumanya agak menyeksa cik menti
ReplyDeletedulu pernah sekali suami kak ana gunakan tapi tak berjaya last2 duk bawah tv sampai melekat habis lantai hihi :)
Deletecomel cem Jerry takpa Kak Ana hehe.. cara2 nak kurangkan cicak ada tak ?
ReplyDeletehamboi CT, kalau hat tu lastik jelah bagi gol hiihii :)
Delete