Yeehaa... comelnya lah Tom and Jerry ni..karektor kartun kesukaan kami sekeluarga dari dulu lagi. Ehhh entri ana bukan pasal kartun comel dua ekor ni tapi kisah si Jerry yang terlepas masuk ke dalam rumah ana minggu lepas. Panik di buatnya, maklumlah Jerry yang ori tu memanglah comel namun cik menti yang masuk ke dalam rumah boleh membawa pelbagai musibah buat penghuninya.Bukan senang nak halau tikus kalau dah berada di dalam rumah kan.Namun , Alhamdulillah cik menti berjaya juga kami usir dalam masa 24 jam.Jom ana ceritakan macam mana nak perangkap atau halau tikus dari dalam rumah.


Cara Menghalau Tikus Dari Rumah 


Kisahnya begini, tengahari tu, ana nampak Tom (mak tam - kucing hitam yang selalu singgah makan kat rumah ni ) menggonggong sesuatu di mulutnya. Mulanya ana ingat itu anaknya si Euthopia (anak mak tam yang kurus kering, kami panggil Euthopia ). Tapi bila tengok betul-betul, rupanya mak tam bawa balik tikus. Mungkin nak tayang kat kami yang dia berjaya tangkap tikus agaknya atau kerja amalnya kat rumah yang selalu bagi dia makan, agaknya.

Apalagi Kak Long dengan Adik Ika menjerit sekuat hati takut kat cik menti.Tup tup terlepas dari mulut mak tam dan rupa-rupanya cik menti tu masih hidup. Berdesup masuk bawah peti sejuk. Puaslah ana halau dengan penyapu, namun tabiat tikus cepat menyusup masuk ke bawah-bawah ruang sempit sekalipun terus ghaib dari pandangan.

Puas fikir macam mana nak halau tikus dari dalam rumah ni.Bahaya kalau di biarkan semalam, macam-macam boleh berlaku kan.Khususnya bab kebersihanlah sebab tikus sejenis haiwan yang boleh membawa penyakit. Akhirnya ana dapat idea, pinjam perangkap tikus dari jiran sebelah.Kebetulan teringat yang Man, jiran ana pernah perangkap tikus di rumahnya.

Malam tu, kami pasang perangkap, letakkan ikan masin sekeping sebagai umpan di dalam perangkap.Banyak juga petua yang ana ketahui dari jiran tentang umpan perangkap tikus ni, ada yang kata letak kelapa parut, letak roti dan kalau Adik Ika pula suruh letak cheese (comfirm pengaruh Tom and Jerry ni). Dan akhirnya keesokkan paginya selepas solat Subuh, ana dan suami turun ke dapur dan melihat perangkap kami berjaya menangkap cik menti yang comel. Maka selesailah misi kami hari itu. Alhamdulillah.



cara halau tikus dari rumah



Apa yang harus kita lakukan apabila tikus berada dalam rumah


Sebenarnya, apabila terdapat tikus tersesat di dalam rumah seperti kes ana di atas, langkah pertama yang patut di ambil ialah tutup semua ekses keluar masuk dari ruang tersebut jika ada. Namun ruang dapur ana memang jenis terbuka terus ke ruang tamu, jadi kami cuma tutup pintu bilik masing-masing sahaja malam itu untuk menggelakkannya masuk.

Kedua pastikan semua bahan makanan dan bahan kering di dapur di simpan di dalam peti sejuk atau di dalam bekas yang bertutup rapat. Contoh, biskut yang belum dibuka, mee segera, bawang, atau sebagainya yang sering kali kita letak di luar kabinet dapur masukkan ke dalam kabinet atau peti sejuk supaya tidak di sentuh oleh tikus di waktu malam.Ini kerana tikus hanya aktif apabila kita sudah beradu dan dalam keadaan gelap serta tiada aktiviti manusia.

Ketiga, semua peralatan dapur dan pinggan mangkuk yang terdapat di singki juga perlu disimpan di dalam kabinet dapur atau almari.Bimbang tikus akan memijak atau mengotorinya dan bahaya buat kesihatan penghuni.

Akhirnya tutup atau sumbat ruang-ruang pintu yang boleh dicelus olehnya khasnya pintu stor kerana jika ia berjaya melepasi sekatan tersebut maka payahlah untuk kita menghalaunya keluar nanti.

Selepas berjaya memerangkap tikus di dalam perangkap, pagi itu, ana bawa keluar rumah di hujung longkang dan  melepaskannya pergi.Pergilah keluar cik menti, bumi Allah ini luas, rumah kami bukan tempatmu. Carilah makan di luar sana dan kembali pada keluargamu.Demi Allah, ana memang tak sampai hati untuk menyakitinya apatah lagi membunuhnya.Lihat dalam matanya pun dah rasa belas sangat.Macam anak kucing. Dan cik menti dengan perlahan pergi meninggalkan rumah kami dan hilang dari pandangan.... Itulah kisah Tom and Jerry di pagi Jumaat yang barokah ini... mungkin perkongsian ana ini dapat memberi idea kepada mereka yang mengalami kisah yang sama tentang bagaimana hendak menghalau tikus yang masuk ke dalam rumah.Waallahu a'lam..