Bagi yang mengikuti drama siri slot Lestary, Lari Mira,  di TV3 sekitar September lepas, pasti mengenali watak Hadi seorang lelaki Acheh yang terdampar di sebuah desa akibat bencana tsunami, kemudian menemani Mira berjalan kaki dan menempuh pelbagai rintangan untuk kembali semula ke Banda Acheh. Sepanjang perjalanan yang amat penat, kelaparan dan letih di masa yang sama lari dari beberapa penjahat berkaitan sendikit pemerdagangan manusia yang tidak berperikemanusiaan. 




Sepanjang perjalanan itu juga, Hadi telah berjaya merubah hidup Mira dari seorang gadis yang moden dan kurang pegangan agama, akhirnya kembali ke pangkal jalan, merubah cara hidup dan menyesali segala perbuatan silamnya. Watak yang di bawa oleh pelakon muda dari seberang ini ,penuh keinsafan, tutur kata yang begitu beradap dan menjaga tatasusila sebagai seorang lelaki mukmin yang sempurna. Ana sangat tertarik dengan perwatakkannya sebagai Hadi dan bisa mencairkan perasaan sesiapa sahaja yang mengikuti kisah ini dari awal hingga akhir.Jom ana kongsikan semula beberapa adengan yang pernah dilakonkan bersama pelakon wanita jelita dari Brunei Darussalam, Nina Iskandar. Sinopsis drama siri Lari Mira telah pernah ana kongsikan di www.anajingga.com/lari-mira-di-lestari-tv3 .









ERLANDHO SAPUTRA 


Disebalik watak Hadi yang sangat terkesan lakonannya ialah seorang pelakon muda yang tampan dari Jakarta, Indonesia. Dialah Erlandho Saputra. Pelakon dan juga seorang model yang sangat peramah dan sering kali juga berbalas komen di Instagram @anajingga dan entri ini ana tulis khas buatnya sempena kehadirannya ke Kuala Lumpur ketika ini. Untuk peminat yang ingin  mengenali pelakon hebat ini, boleh lah mengikuti perkembangannya di dalam dunia lakonan dan modelling serta aktiviti hariannya di Instagram @Erlandho Saputra. Semoga Erlandho akan terus sukses di dalam segala bidang yang diceburi khasnya sebagai seorang pelakon yang berjaya mencipta nama di persada seni nusantara, In Shaa Allah.

Sama-sama kita nantikan drama atau filem yang bakal diwarnainya di masa hadapan kerana secara peribadi ana sangat merindui drama Lari Mira yang sarat dengan mesej kemanusiaan, keinsafan, lumrah kehidupan dan penyesalan di akhir episod. Bagi ana, Lari Mira sebuah naskah yang terbaik sepanjang tahun 2015.Tahniah buat Erlandho Saputra, Nina Iskandar, Nazrief Nazri  dan semua pelakon, pengarah dan produksi yang terlibat di dalam drama hebat ini.


Ikutinya di Instagram Erlandho Saputra 







kredit foto-foto dari Instagram Erlandho Saputra dengan izinnya . Thank you so much :)