Kaison - Dekorasi Hiasan  Rumah 


Tujuan asal ke Kaison kali ini kerana ana bercadang untuk melihat beberapa design d.i.y wallpaper untuk ruang tamu rumah. Namun macam selalulah bila dah sampai sana mula rambang mata, pertamanya nak memilih corak yang mana satu, keduanya tak jadi beli sebab tak buat ukuran keluasan dinding yang ingin ditepek dengan wallpaper tersebut. Pendek kata, kunjungan ke Kaison kali ini sekadar window shopping sahaja nampaknya. Balik rumah ukur dulu keluasan barulah datang ke sini lagi untuk membelinya, In Shaa Allah. 

Namun sempat juga blogger picisan ni nak terbitkan sebuah entri tentang Kaison. Bukan apa setiap kali ke sini, mata terpukau dengan pelbagai barangan dekorasi rumah yang terdapat disini. Bukan sekadar wallpaper yang cantik-cantik dan murah, malah pelbagai dekorasi dari bunga-bungaan, hiasan dinding, kusyen, langsir dan pelbagailah yang nak dibeli. Jom ana kongsikan beberapa keping foto yang sempat ana rakamkan semasa berada di Kaison, Setapak Central, Kuala Lumpur atau dahulunya dikenali sebagai Festival City Mall.

Kebetulan pula semasa kunjungan, menjelang perayaan Krismas, bermacam dekorasi comel yang ada disini.Paling ana suka ialah koleksi kotak-kotak hadiah yang pelbagai saiz dan corak. Nak sahaja membelinya namun, boss besar tak luluskan bajet, membazir katanya sebab koleksi kotak di rumah pun dah banyak berhabuk dan kosong sahaja. Jadi kempunanlah kat situ... :(  


bunga hiasan rumah


Dah lama mengidam nak buat satu jambangan bunga warna putih seperti di dalam pasu bunga di dalam gambar di atas.Cantik kan..letakkannya di satu sudut ruang tamu atau bilik tidur. Pasti memberi impak yang menarik di dalam ruang rumah. Namun ia perlu selari dengan konsep hiasan rumah dan warna yang telah sedia ada agar nampak senada. In Shaa Allah selepas menukar wallpaper nanti barulah boleh mencari padanan bunga hiasan atau langsir yang sesuai.








pasu hiasan


Bila dah beli bunga, kenalah ada pasu atau bekasnya. Disini memang terdapat pelbagai pilihan pasu dari jenis kaca jernih mahupun ceramik. 






poster hiasan dinding

Untuk dekorasi ruang dinding juga terdapat pelbagai plak atau poster yang pelbagai corak mengikut tema hiasan dalaman rumah kita. 







Ana difahamkan, Kaison terdapat banyak cawangan disekitar tanahair. Adik ipar ana sendiri sering membeli dekorasi rumahnya di Kaison cawangan Manjung. Bolehlah Google untuk melihat mana-mana terdapatnya cawangan Kaison sekitar kediaman anda.Dan bolehlah membeli pelbagai hiasan rumah dengan bajet yang diperuntukkan sesuai dengan kita. Selamat mendekorasi rumah dari www.anajingga.com.