Lokan


Setelah sekian lamanya, inilah kali pertama ana masak dan merasa makan lokan.Apa itu lokan? Pernah dengar dan pernah juga melihatnya ketika ana ke Pantaiu Remis, Jeram, Selangor dahulu. Tetapi memang tak ada hasratpun hendak membelinya, namun nak rezeki, jiran ana, Man dan Ida yang baru balik dari kampung halaman mereka di Kelantan, membawa pulang lokan yang di kutip sendiri dipantai, menurut mereka. Dan petang itu mereka memberikan ana seplastik penuh berisi lokan.Inilah rupa paras lokan.Sama spesis kerang atau siput lala dan yang sewaktu dengannya, cuma ia bersaiz besar. Lebih kurang dua inci lebarnya.Besarkan..Adik Ika memanggilnya kerang gergasi..


Lokan



Cara memasak lokan 


Daripada apa yang ana lihat pada lokan ni, ia diselaputi lumpur pasir laut. Jadi ana pasti sebelum memasaknya, kita perlulah membersihkan sebiji demi sebiji lokan ini. Proses pertama ana rendam di dalam air seketika, bilas berulang kali sehingga kelihatan hampir jernih air bilasannya. Kemudian mulakan menyental kulit lokan ini satu persatu. Barulah bersih... 

Ana sendiri yang memang tak tahu apakah resepi yang hendak diwarnai dengan lokan ni, bertanya kepada beberapa rakan dan saudara mara di 'group whatsapp'. Macam-macam idea yang diberikan. Ada yang menyarankan masak lemak , dibakar sahaja, di rebus, dibuat sambal, rendang dan macam-macam lagi. Dalam kata lain, apa sahaja yang boleh dimasak sama seperti kerang.Untuk mengelakkannya dari busuk, ana rebuskan sahaja lokan ini dahulu dan dikupas isinya.


lokan rebus


Merebus lokan tidak mengambil masa yang lama. Dalam beberapa minit selepas ia mendidih, dan terbuka dengan sendirinya, padamkan api.Lokan rebus ini juga sedap di makan begitu sahaja. Ana cicah bersama Thai Sos dan selebihnya, malam itu memandangkan kami nak makan mee segera sahaja, ana masukkan ke dalamnya. Maka jadilah ia Mee Maggi Lokan.


Maggi Lokan 

Bagi yang ingin mencuba lokan ni, ana sarankan bolehlah di masak sambal, rendang atau pun masak lemak.Pasti sedap kerana rasanya sama seperti kerang cuma sedikit kenyal.Mungkin kerana ia bersaiz yang agak besar.Isi lokan yang telah dikupas bersaiz lebih kurang sebesar ibu jari sahaja. Sekadar berkongsi pengalaman masak dan makan lokan di www.anajingga.com. Semoga bermanfaat, In Shaa Allah.